Perak sedia diskaun premium tanah

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyediakan diskaun premium tanah bagi kebenaran kerja awalan selepas permohonan Kebenaran Merancang (KM) dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pihak berkuasa yang berkenaan.

Permohonan itu membabitkan pemaju atau pemohon yang berminat untuk membuat pelaburan di negeri ini.

Diskaun yang diberikan adalah di antara 10 ke 30 peratus serta projek dikemukakan perlu menepati kriteria yang telah ditetapkan selain perlu dilaksanakan di dalam zon perindustrian.

Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, proses kelulusan KM secara fast-track (laluan pantas) juga diberi tempoh 21 hari dengan syarat, semua keperluan dokumentasi adalah lengkap.

“Pada masa sama, kerajaan negeri turut memberi remisyen cukai tanah dalam tempoh tiga tahun selepas tahun production date (tarikh pengeluaran),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Jason Ng Thien Yeong (PH-Astaka) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Sze Yee berkata, konteks mentransformasikan negeri ini ke arah perindustrian sedang giat dijalankan menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030.

“Kerajaan negeri mengambil berat peranan industri dalam memangkin pertumbuhan ekonomi di negeri ini dengan konsep cadangan bagi penubuhan kawasan industri high-tech (berteknologi tinggi) yang giat dicadangkan untuk dibangunkan di kawasan daerah Kerian dan Muallim,” ujarnya.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

SVTP bakal bawa masuk pelaburan RM14 bilion ke Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI