Perak sedia RM1.35 juta untuk baju raya 9,000 anak kurang mampu

KUALA KANGSAR – Kerajaan Negeri Perak meneruskan program Meriah Beraya, Sejahtera Bersama (MBSB) Tahun 2024 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.35 juta.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program tahun kedua itu menyantuni 9,000 anak golongan tidak berkemampuan.

Menurutnya, program tersebut memberi manfaat kepada anak-anak berusia antara 6 hingga 17 tahun menerusi pemberian baju raya.

Perak peruntuk RM1.35 juta beri pakaian raya kepada 9,000 anak-anak kurang berkemampuan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyantuni kanak-kanak pada Program Bantuan Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MAC 2024.

“Ini adalah inisiatif kerajaan negeri untuk memastikan kegembiraan dan keceriaan kepada anak-anak yang memerlukan sempena menyambut lebaran nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani merasmikan program MBSB Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak di sini, pada Ahad.

Seramai 600 penerima iaitu 300 anak-anak dari Parlimen Kuala Kangsar dan bakinya Parlimen Padang Rengas menerima bantuan berkenaan.

Perak peruntuk RM1.35 juta beri pakaian raya kepada 9,000 anak-anak kurang berkemampuan
Penerima bantuan Norzalikha Mohd Nor, 34, memilih pakaian raya anaknya pada Program Bantuan Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MAC 2024.

Sementara itu, penerima yang ditemui berharap program seumpama itu dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

“Saya berterima kasih kepada pihak yang membantu kami dalam membuat persiapan hari raya.

“Bantuan ini meringankan beban walaupun amaun tak banyak tapi alhamdullilah dapat beli baju untuk tiga orang anak,” kata penerima Norzalikha Mohd Nor, 34, dari Kampung Banjir, Kuala Kangsar.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, dia dan tiga anaknya gembira memilih pakaian kerana pasar raya tersebut menyediakan pilihan pakaian yang bervariasi.

Perak peruntuk RM1.35 juta beri pakaian raya kepada 9,000 anak-anak kurang berkemampuan
Penerima bantuan Rohana Mohd Shari, 41, memilih pakaian raya anaknya pada Program Bantuan Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 MAC 2024.

Sementara itu, Rohana Mohd Shari, 41, dari Kampung Changkat Goho, Padang Rengas turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana dia dapat membeli pakaian raya untuk dua daripada empat anaknya.

“Saya ada empat anak dapat beli seluar jeans, baju dan songkok untuk dua anak menggunakan baucar bernilai RM150,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak umum BKK Raya RM1,000 kepada penjawat awam negeri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI