Perak Sejahtera 2030 perkukuh sinergi negeri dan Persekutuan – Saarani

LENGGONG – Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sinergi kukuh antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan merupakan antara kunci penting kepada kejayaan pelan Perak Sejahtera 2030.

Beliau berkata, sinergi itu membolehkan 108 daripada 270 projek serta inisiatif yang digariskan dalam pelan tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya setakat 2024.

Jelasnya, ia juga membuktikan bagaimana pelan Perak Sejahtera 2030 dan gagasan Malaysia Madani yang diilhamkan Perdana Menteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain.

“Sinergi ini dapat dilihat bagaimana kepimpinan negeri dan Persekutuan merentasi jabatan dan agensi mempunyai keserasian dan kemahuan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

“Kita mahu sinergi ini diperkukuhkan untuk kita mencipta lebih banyak kejayaan,” katanya ketika membentangkan Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Pelan Perak Sejahtera 2030 di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di sini, pada Isnin.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sidang media Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lenggong, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JUN 2025.

Memberi contoh, saarani berkata, bagaimana beberapa pendekatan luar kotak yang dilaksanakan merentasi jabatan negeri dan Persekutuan sehingga membolehkan kelima-lima projek berimpak tinggi di negeri Perak dapat digerakkan secara pantas.

Katanya, antara inisiatif tersebut ialah Muallim-Speed Lane (M-SL) yang memendekkan proses kelulusan pembinaan sehingga ke peringkat Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) serta lesen operasi.

“Kerian Green Lane (KGL) pula katanya, mengguna pakai prinsip ‘Agile Regulation’ atau pengawalseliaan tangkas bagi kelulusan cepat di kawasan industri.

“Manakala Express Lane urusan tanah dilaksanakan bagi memendekkan kelulusan urusan tanah kepada serendah satu hari berbanding tiga hingga enam bulan sebelum ini.

“Begitu juga sinergi yang mantap dalam pelaksanaan pelbagai program kesejahteraan rakyat apabila agensi dan jabatan negeri serta Persekutuan berganding bahu bagi meringankan beban golongan memerlukan,” jelasnya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI