Perak suara cadangan bina susur keluar ke Lata Kinjang

TAPAH – Kerajaan Negeri Perak bersama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah menyuarakan cadangan kepada PLUS Malaysia Berhad untuk membina susur keluar ke Lata Kinjang, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia bertujuan memudahkan pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) singgah ke pusat rekreasi berkenaan terutamanya ketika kesesakan lalu lintas.

“Sekarang ini kita dimaklumkan orang ramai yang mahu ke Lata Kinjang perlu keluar Tol Tapah kemudian masuk pekan dan turun balik ke Chenderiang untuk ke Lata Kinjang. Ia agak jauh.

“Jadi kalau PLUS setuju pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dapat menggunakan susur keluar singgah sebentar di Air Terjun Lata Kinjang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Perasmian Karnival Batang Padang Sejahtera Tahun 2025 dan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Hakmilik dan Dokumen Hakmilik Kepada Peserta-Peserta Kawasan Tanah RPT Daerah Batang di Kompleks Sukan Tapah, di sini, pada Sabtu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Karnival Batang Padang Sejahtera 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

Hadir sama Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan.

Menurut Saarani sekiranya rancangan berkenaan dilaksanakan ia bukan sahaja memberi imej baharu kepada pusat rekreasi tersebut tetapi meningkatkan ekonomi masyarakat Orang Asli di kawasan sekitar.

“Bila orang ramai singgah maka ia akan memberi imej baharu kepada Lata Kinjang dan masyarakat Orang Asi yang berniaga di situ juga Insya-Allah akan mendapat keuntungan.

“Kalau perancangan kerajaan negeri ini jadi bermakna akan ada satu lagi tanda baharu, satu lagi pertumbuhan untuk daerah Batang Padang. Insya-Allah kita doakan supaya ia menjadi,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI