Perak sumbang 10,000 juadah Aidilfitri kepada pasukan beruniform

IPOH – Kerajaan negeri Perak menyerahkan 10,000 bungkusan judah Hari Raya Aidilfitri kepada 16 badan unit beruniform di negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif tahunan kerajaan negeri itu bagi menghargai jasa anggota pasukan keselamatan terutama mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana menjalankan tugas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyantuni pasukan badan beruniform pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Pasukan Badan Beruniform Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2026.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita mengadakan majlis penyerahan ini yang disumbangkan oleh kerajaan negeri kepada pasukan beruniform termasuk tentera, polis, bomba dan beberapa agensi lain.

“Insya-Allah juadah ini akan dinikmati oleh anggota yang bertugas, terutamanya mereka yang berada di sempadan atau yang menjalankan tugas pada hari raya,” katanya.

Perak sumbang 10,000 juadah Aidilfitri pasukan beruniform juadah Aidilfitri pasukan keselamatan Perak, kerajaan Perak sumbangan Aidilfitri, Saarani Mohamad juadah Aidilfitri, pasukan beruniform Perak, sumbangan Aidilfitri kerajaan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi bergambar pada hadir ke Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Pasukan Badan Beruniform Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Badan Beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Antara senarai penerima adalah, Markas Pemerintahan Armada Barat; Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak; Akademi Tentera Udara; Jabatan Kesihatan Negeri; Jabatan Imigresen Perak; Pasukan Gerakan Khas; dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri.

Seramai 280 petugas atau sukarelawan terlibat pada majlis pembungkusan juadah yang daripada Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri (BAIDURI), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP); Persatuan Wanita Prihatin; Pasukan Dua Briged dan sebagainya.

Mengulas lanjut Saarani berkata, majlis itu merupakan simbolik penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen anggota keselamatan yang sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Perak sumbang 10,000 juadah Aidilfitri pasukan beruniform juadah Aidilfitri pasukan keselamatan Perak, kerajaan Perak sumbangan Aidilfitri, Saarani Mohamad juadah Aidilfitri, pasukan beruniform Perak, sumbangan Aidilfitri kerajaan negeri
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika menyerahkan Juadah Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kepada Pasukan Badan Beruniform Tahun 2026 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 11 MAC 2026.

Menurut beliau, ini kerana keberadaan anggota pasukan beruniform yang bertugas ketika musim perayaan membolehkan masyarakat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan aman dan selamat.

“Apabila kita pergi menunaikan solat dan meraikan Aidilfitri, kita berasa selamat kerana tahu polis menjaga keselamatan. Di tempat-tempat perhimpunan orang ramai pula kita lihat anggota RELA bertugas.

“Maknanya mereka tetap menjalankan tugas pada hari perayaan. Jadi sumbangan ini adalah simbolik penghargaan kerajaan negeri kepada semua anggota beruniform yang berkhidmat demi keselamatan rakyat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penjawat awam Perak syukur terima BKK Aidilfitri, bantu persiapan raya

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI