Perak tangani cabaran pelihara kelestarian alam semula jadi

SEJAK sekian lama kekayaan flora dan fauna menjadi salah satu identiti dan keunikan buat Negeri Perak yang sememangnya diiktiraf dari dalam, mahupun luar negara.

Semua khazanah berharga itu memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan ekosistem alam yang berkait rapat dengan pembangunan sosioekonomi negara.

Namun begitu keindahan landskap yang melata di sepanjang Banjaran Bintang, Keledang dan Titiwangsa menghadapi cabaran besar dalam soal mengimbangi kelestarian alam dalam era pembangunan pesat.

Keluasan Hutan Simpan Kekal di Perak alam semula jadi khazanah kok lim kelestarian negeri pokok
Pengunjung boleh menikmati permandangn bukit dan gunung ganang dengan menaiki bot di Tasik Raban, Lenggong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 NOVEMBER 2024.

Perak menunjukkan komitmen dalam memastikan khazanah negeri itu terus terpelihara apabila Kelestarian Alam dan Biodiversiti menjadi antara sembilan agenda utama yang digariskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

Justeru, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad telah melaksanakan pelbagai usaha agar kelestarian alam semula jadi di negeri ini terus terpelihara demi manfaat generasi akan datang.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim berkata, konsep keseimbangan sering diutamakan kerajaan negeri dalam memajukan ekonomi yang berteraskan kepada kelestarian alam semula jadi.

Kata beliau, usaha itu membuahkan hasil apabila keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal yang diwartakan di Negeri Perak merekodkan peningkatan 18.59 hektar berbanding tahun lalu.

Keluasan Hutan Simpan Kekal di Perak alam semula jadi khazanah kok lim kelestarian negeri pokok
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, Teh Kok Lim. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 DISEMBER 2023.

Kata Kok Lim, sehingga 30 November lalu, keluasan kawasan Hutan Simpan Kekal di Perak direkodkan seluas 988,722.22 hektar atau 47 peratus dari jumlah keluasan tanah negeri.

Jelas beliau, keluasan itu telah meletakkan Negeri Perak sebagai negeri yang mempunyai kawasan Hutan Simpanan Kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia berbanding dengan keluasan negeri.

“Kerajaan negeri telah meluluskan pelaksanaan skim Akreditasi Pemuliharaan Standard Harimau atau Conservation Assured Tiger Standard (CA|TS) empat kawasan Hutan Simpanan Kekal.

“Ia melibatkan Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Banding dan Hutan Simpan Temengor yang kesemuanya berkeluasan 221,619.36 hektar,” ujarnya.

Keluasan Hutan Simpan Kekal di Perak alam semula jadi khazanah kok lim kelestarian negeri pokok
Gambar hiasan. Sekitar suasana, aktiviti seperti menyantuni perkampungan org asli, meredah hutan, memancing atas boat, berkayak, mandi air terjun dan bermalam di Houseboat, Royal Belum, Gerik, Perak. Foto SYADILA AMARI, 16 DAN 17 NOVEMBER 2024.

Di samping itu beliau berkata, Sekretariat Kelestarian Alam Perak juga telah ditubuhkan berkuatkuasa mulai 15 September lalu di bawah pemantauan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.

Kok Lim berkata, penubuhan sekretariat itu selaras dengan cadangan yang dibentang oleh Yayasan Hasanah semasa taklimat mengenai pembangunan potensi projek kredit karbon di Negeri Perak sebelum ini.

Jelas beliau susulan itu, kerajaan negeri juga sedang giat menggerakkan inisiatif Menangani Perubahan Iklim dengan merealisasikan Agenda Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok sejak Januari 2021.

Keluasan Hutan Simpan Kekal di Perak alam semula jadi khazanah kok lim kelestarian negeri pokok
Gambar hiasan. Peserta menanam anak pokok pada Program Penghijauan Malaysia sempena Banci Pertanian 2024 di Institut Latihan Statistik Malaysia (ISLIM) Sungkai. Foto ABDULLAH YUSOF, 17 DISEMBER 2023.

“Sehingga November lalu, sebanyak 9.55 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh Negeri Perak.

“Jumlah itu telah menghampiri sasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menanam sejumlah 10 juta pokok sehingga tahun 2025,” katanya.

 

Memelihara kelestarian alam tanggungjawab bersama.

Usaha untuk memelihara khazanah negeri ini tidak hanya terletak pada bahu kerajaan negeri semata-mata, sebaliknya ia juga perlu disahut semua pihak termasuk pihak agensi, industri dan orang awam.

Mengulas lanjut Kok Lim memberitahu, Perak menggalakkan industri tempatan untuk mengamalkan prinsip ekonomi pusingan atau ‘circular economy’ yang mampu mengurangkan impak kerosakan alam sekitar.

Kata beliau, melalui usaha mereka bentuk produk supaya lebih mudah untuk dikitar semula atau digunakan semula, ia dapat mengurangkan sisa dan pergantungan terhadap sumber baru.

Gambar hiasan. Bot yang membawa pengendali industri pelancongan dan pengamal media ke kawasan Ternakan Rusa dan AgroPelancongan Prospek Lenggong pada Program Sesi Libat Urus Bersama Pengendali Industri Pelancongan (Tourism Operator) Daerah Lenggong. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 NOVEMBER 2024.

“Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebagai peneraju Rantaian Nilai Mineral Asia Pasifik, telah mengenal pasti sektor mineral, terutamanya aktiviti huluan dan hiliran, sebagai bidang bernilai tinggi, yang sejajar dengan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2023.

“PKNP juga telah menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta dalam usaha sama untuk pengeluaran mineral dan pembinaan loji pemprosesan mineral, yang akan beroperasi mengikut konsep ‘Zero Waste’.

“Perak secara aktif melaksanakan inisiatif penting untuk menjadikan negeri ini lebih hijau, lebih lestari, dan lebih tahan lasak (dalam mendepani cabaran semasa),” tambah beliau.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 NOVEMBER 2024.

Di samping itu, peningkatan pengeluaran sisa elektronik atau e-sisa juga merupakan antara salah satu cabaran yang dihadapi negeri dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar.

Kok Lim berkata, justeru Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah meneruskan kempen pengumpulan e-sisa pada tahun ini, dan hasilnya sebanyak 213.52 metrik tan berjaya dikumpulkan dalam tempoh Janurasi sehingga Ogos lalu.

“Acara ini secara dapat mengurangkan e-sisa yang terdapat dalam negeri ini. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menyokong Pelan Perak Sejahtera 2030 untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa yang lebih mampan dan mesra alam,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak tambah penguat kuasa pantau pencerobohan hutan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI