Perak tarik pelaburan RM200 juta dari Perancis

IPOH – Kerajaan Negeri Perak berjaya menarik pelaburan berjumlah RM200 juta menerusi Perjanjian Persefahaman (MoU) antara InvestPerak dengan syarikat Perancis, Saint-Gobain.

Perkara itu dikongsi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, pada Rabu.

Dalam hantaran berkenaan, Saarani memaklumkan pihaknya bersama delegasi Kerajaan Negeri Perak dalam Misi Pelaburan Kerajaan Negeri Perak ke Paris telah mengadakan pertemuan bersama Saint-Gobain.

Katanya, Saint-Gobain merupakan syarikat gergasi terkemuka dunia dalam industri pembuatan ‘papan simen gentian’ berpengkalan di Perancis.

“Syukur Alhamdulillah dalam pertemuan ini, Saint-Gobain telah mengumumkan pembesaran operasi pelaburan mereka di Negeri Perak menerusi Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Saint-Gobain dan InvestPerak.

“Syarikat peneraju bahan binaan Perancis itu akan melabur lebih RM200 juta menerusi anak syarikatnya Saint-Gobain Prima Sdn. Bhd. untuk mewujudkan kemudahan pembuatan tercanggih di Taman Perindustrian Kanthan di Chemor, Perak,” katanya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyaksikan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara InvestPerak dengan syarikat Perancis Saint-Gobain. Foto, IHSAN MB PERAK.

Jelas Saarani, pembesaran pelaburan strategik itu dijangka bakal meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan ketara produk bahan binaan seperti produk papan simen gentian premium syarikat, termasuk PRIMA Flex, PRIMA Plank, PRIMA Liner dan PRIMA Lattice.

Katanya lagi, pelaburan oleh Saint-Gobain ini menunjukkan bagaimana Perak boleh memanfaatkan sumber-sumber asli dan mineral untuk memacu aktiviti ekonomi bernilai tinggi, bukannya hanya mengeksportnya tanpa nilai tambah.

“Pelaburan baharu bernilai lebih RM200 juta ini membuktikan keyakinan para pelabur kepada negeri Perak sebagai destinasi pelaburan utama walaupun dunia ketika ini sedang menghadapi cabaran ketidaktentuan di peringkat global.

“Ia sejajar dengan pelan pembangunan negeri Perak Sejahtera 2030 iaitu Sejahtera Ekonomi dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan perniagaan serta peluang-peluang baharu kepada rakyat tempatan,” katanya.

Delegasi Negeri Perak disambut oleh barisan pengurusan tertinggi Saint-Gobain yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Benoit Bazin; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maud Thuaudet dan Ketua Pegawai Eksekutif Saint-Gobain Malaysia dan Singapore, Lynette Siow. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI