Perak teliti punca banjir, fokus bantuan dan pencegahan jangka panjang

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan meneliti laporan berkaitan banjir yang berlaku di Daerah Kinta baru-baru ini bagi mengenal pasti punca sebenar serta langkah penambahbaikan bagi tujuan pencegahan pada masa hadapan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, ia termasuk menilai pelaksanaan projek tebatan banjir dan naik taraf sistem perparitan sedia ada.

Bagaimanapun, beliau berkata, buat masa ini, keutamaan diberikan kepada usaha pembersihan serta penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas.

“Selepas kejadian (banjir) hari itu, kerja-kerja pembersihan memang banyak dijalankan di kawasan yang terlibat dan operasi pembersihan digerakkan secara menyeluruh melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), pasukan bantuan serta kerjasama komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga banyak mengerakkan pasukan-pasukan untuk bantu alihkan pokok-pokok tumbang menjalankan kerja pembersihan melibatkan kerjasama NGO dan persatuan komuniti tempatan.

“Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar, tetapi yang penting, kita akan ambil laporan daripada kejadian banjir ini untuk melihat semula beberapa projek yang dijalankan di bawah agensi kerajaan berlainan,” katanya.

“Contohnya projek tebatan banjir, MBI juga ada projek naik taraf sistem perparitan dan sebagainya,” katanya ada sidang media selepas meninjau Bazar Ramadan Medan Gopeng di sini pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan kejadian banjir di Kinta pada 16 Februari lalu berpunca daripada hujan sangat lebat di kawasan hulu Sungai Kinta dan Sungai Pari dengan jumlah taburan melebihi 80 milimeter (mm), iaitu direkodkan sebanyak 83.5mm.

Katanya, selain hujan luar biasa yang menyebabkan paras air meningkat secara mendadak, halangan aliran air di Jambatan Jalan Raja di Pintu Gerbang Gugusan Manjoi akibat paras jambatan yang rendah turut menyumbang kepada limpahan air.

Beliau berkata, kerajaan negeri merancang langkah jangka panjang termasuk menaik taraf Jambatan Jalan Raja, kerja pelebaran dan mendalamkan Sungai Pari serta pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 2 bagi menangani isu banjir secara menyeluruh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ujian Ramadan, banjir lumpur musnahkan kelengkapan pusat jagaan anak yatim

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI