Perak terima 396 ekor lembu sumbangan GLC sempena Raya Haji

Ipoh: Kerajaan Negeri Perak menerima 396 ekor lembu korban sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai RM2.89 juta bagi pelaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kesemua lembu itu akan diagihkan di semua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

“Setiap 59 kawasan DUN, termasuklah DUN pembangkang akan menerima lima ekor dengan jumlah keseluruhan sebanyak 295 ekor lembu.

“Baki 101 ekor lembu lagi akan diagihkan kepada masjid, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya pada sidang media selepas Majlis Akad Penyerahan Lembu Korban Kerajaan Negeri di Pejabat Menteri Besar, di sini, pada Rabu.

GLC yang terlibat ialah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) sebanyak 231 ekor, Lembaga Air Perak sebanyak 50 ekor, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebanyak 50 ekor, Perbadanan Menteri Besar 40 ekor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) sebanyak 25 ekor.

Menurut Saarani, Jabatan Mufti Negeri Perak juga akan mengeluarkan garis panduan khusus yang menumpukan aspek wakalah atau kontrak antara pihak-pihak yang terbabit.

“Garis panduan itu bertujuan bagi memastikan pelaksanaan program sumbangan lembu korban itu berlandaskan tuntutan syarak.

“Pelaksanaan ibadah korban juga perlu mematuhi peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan seperti Jabatan Agama Islam Negeri Perak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar demi memastikan kelancaran dan ketertiban program yang dijalankan,” katanya. – MG Perak.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI