Perak teruskan penganjuran Rimba Raid sehingga 2026

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memutuskan meneruskan penganjuran Rimba Raid di Lenggong bagi tempoh dua tahun lagi selepas kejayaan Rimba Raid Lenggong 2024, Ogos lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri turut mempertimbang permintaan pengusaha penginapan dan produk pelancongan di Lenggong agar acara sukan lasak itu diteruskan serta dimasukan di dalam kalendar pelancongan tempatan.

“Rimba Raid mendapat sambutan hangat bila saya berbincang dengan pengusaha pelancongan di Lenggong mereka minta dimasukan dalam kalendar tetap untuk membolehkan persiapan dilakukan.

“Kita juga akan mempromosikan program ini menjadi program antarabangsa dan sudah pasti bukan hanya memberi peluang ekonomi kepada masyarakat tempatan tetapi juga dari kawasan sekitar seperti Kuala Kangsar dan Sungai Siput bagi menjual produk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Tourism Perak Management Berhad dengan Rimba Adventures Sdn Bhd di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak Management Berhad menandatangani satu MoU dengan Rimba Adventures Sdn Bhd hari ini, bagi penganjuran Rimba Raid di Negeri Perak selama tiga tahun berturut-turut, bermula 2024, 2025 dan 2026.

Rimba Raid merupakan perlumbaan motosikal lasak berkuasa besar bertaraf antarabangsa terbesar di Malaysia selepas MotoGP. Siri pertama Rimba Raid telah diadakan pada tahun 2015 bertempat di Mat Daling, Pahang.

Untuk rekod Rimba Raid edisi pertama di Perak berjaya menarik hampir 200 peserta dari 19 buah negara dan penganjuran acara seumpama ini mendapat sambutan yang sangat positif daripada komuniti setempat dan secara tidak langsung dapat menjana ekonomi desa. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Saarani Sempurnakan ‘Flag Off’ Rimba Raid Lenggong 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI