Perak tetapkan kadar zakat fitrah, RM10, RM16, dan RM27

IPOH – Kadar zakat fitrah di Negeri Perak pada tahun ini ditetapkan pada RM10, RM16, dan RM27 setiap seorang mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, ketetapan itu dibuat berasaskan kepada situasi semasa serta sukatan satu gantang Baghdad beras iaitu 2.6 kilogram (kg) bersamaan dengan RM10 nilai tempatan.

Beliau berkata, kadar zakat fitrah sebanyak RM10 diwajibkan kepada individu yang menggunakan beras beras Madani atau beras campuran antara tempatan dan import, beras super spesial tempatan dan beras putih super import.

“Kadar RM16 bagi mereka yang menggunakan beras beras rebusan, beras perang dan beras wangi, sementara pilihan ketiga untuk pengguna beras basmati dan beras pulut perlu bayar pada kadar RM27,” katanya.

Kadar zakat fitrah Perak 2025 Zakat fitrah Perak Kadar zakat fitrah 2025 Bayaran zakat fitrah Perak Zakat fitrah mengikut jenis beras Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) Zakat fitrah RM10, RM16, RM22 Zakat fitrah mengikut gred beras Zamri
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim pada Majlis Pengumuman Kadar Fitrah Tahun 1446 Hijrah / 2025 dan Peluncuran Awal Aplikasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Bestari di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 FEBRUARI 2025.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Kadar Fitrah Tahun 1446 Hijrah / 2025 dan Peluncuran Awal Aplikasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Bestari di Kompleks Islam Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md Salleh.

Tambah Zamri, titah perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung kadar zakat fitrah itu telah diterima dan dibentangkan pada Persidangan MAIPk pada Khamis.

Jelas beliau, sebelum itu Jawatankuasa Fatwa Negeri kali ke-236 telah mempersembahkan kadar bayaran zakat fitrah itu kepada baginda pada 13 Disember lalu.

Ketika menjelaskan perkara itu pada sidang media Zamri berkata, kadar ketetapan berkenaan dibuat berdasarkan kepada kajian dibuat MAIPk bersama dua agensi kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Perak dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Syamsul Hazeman Md Salleh menunjukkan kadar zakat fitrah tahun 1446H/2025M Negeri Perak melalui aplikasi MAIPk Bestari di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 FEBRUARI 2025.

Kata beliau, agensi terlibat adalah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) serta Kawal Selia Padi Dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Zamri berkata, kajian dilakukan itu meliputi corak pengambilan jenis beras oleh rakyat di Perak sepanjang tahun lalu.

“Beras Madani 1kg dianggarkan pada RM4, yang mana jika tukarkan pada kadar timbangan satu gantang Baghdad 2.6kg ialah RM10, dan perkara ini menjadi asas kepada kadar zakat fitrah tahun ini.

“Namun di negeri lain, barangkali ada kajian di negeri masing-masing. Dan barangkali ia tidak serupa di antara satu sama lain.

“Walau bagaimanapun, kita turut menggalakkan mereka untuk membayar kadar zakat pilihan lain, berdasarkan kepada jenis beras yang dimakan,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berkenan terima zakat perniagaan RM3.24 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI