Perak tiada perancangan laksana sektor awam kerja empat hari setengah

IPOH – Kerajaan Negeri Perak tiada perancangan untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam kepada hanya empat hari setengah sebagaimana yang sedang diteliti Johor.

Menteri Beaar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana situasi antara dua negeri berkenaan berbeza.

Bgaimanapun katanya, cadangan itu memerlukan kajian dan penelitian mendalam sebelum ia dapat dilaksanakan,

“Lain padang lain belalang. Namun kajian diperlukan sama ada hendak diwujudkan atau sebaliknya waktu bekerja setengah hari pada Jumaat sebagai memberi ruang yang lebih untuk menunaikan Solat Jumaat.

“Perkara ini memerlukan kajian kerana yang pergi Solat Jumaat lazimnya melibatkan orang lelaki, namun ada sesetengah tempat pekerja ramai dalam kalangan orang perempuan. Ini antara perkara yang perlu dilihat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani dan Penyerahan Watikah YP Smart Target Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Khan dan Pengarah Pendidikan Negeri, Safuan Raba’ai.

Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan sama ada Perak akan mengikut jejak langkah Johor dalam meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam kepada hanya empat hari setengah.

Media pada minggu lalu melaporkan, Menteri Besar, Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Susulan itu kata beliau, Kerajaan Johor kini sedang giat melakukan penambahbaikan bagi mempertingkatkan produktiviti dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatannya.

Berkenaan program, Yayasan Perak dalam satu kenyataan berkata, Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani adalah program motivasi yang menghimpunkan seramai 6,000 calon peperiksaan SPM seluruh Perak.

Katanya, sebanyak 24 slot program motivasi diadakan di 12 daerah negeri ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bermula Oktober lalu hingga November.

Majlis Aprisiasi itu pula bertujuan memberi penghargaan kepada penceramah serta pegawai pendidikan yang menjayakan program motivasi itu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perumahan Perwira diperluas kepada bekas penjawat awam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI