Perak tingkat perkhidmatan tangani isu kesihatan mental

TAPAH – Kerajaan Perak memandang serius isu kesihatan mental serta berusaha untuk meningkatkan akses perkhidmatan rawatan dan bantuan kaunseling bagi individu yang memerlukan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, mengikut statistik dari 2022 hingga 2024, sebanyak 106 kes bunuh diri dilaporkan berlaku di Perak.

“Kerajaan negeri memandang berat isu ini dan hasil daripada kajian yang dijalankan terdapat banyak perkara yang terlibat dalam (kes bunuh diri) dan pegawai (psikologi) kaunseling memainkan peranan penting dalam mengatasi isu berkenaan,“ katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Bilik Minda Sihat di Klinik Kesihatan Tapah, di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, Sivanesan berkata, sebanyak 345 program dan kursus berhubung isu kesihatan mental serta yang berkaitan telah dijalankan pada tahun lalu.

“Kita juga tidak mempunyai masalah untuk menyalurkan peruntukan bagi mereka mengadakan program dan kursus berkaitan perkara tersebut jadi, mereka boleh menghantar kertas kerja untuk tujuan tersebut,“ ujarnya.

Sementara itu, Sivanesan berkata, setakat ini seramai 13 orang pegawai psikologi kaunseling dan 12 orang pegawai berjawatan sama berstatus contract for service (kontrak untuk perkhidmatan) berkhidmat di Pusat Kesihatan Daerah (PKD).

“Saya akan minta kerajaan serapkan mereka (pegawai berstatus kontrak) dalam jawatan tetap dan isu ini saya akan bangkitkan (perkara tersebut) dengan Menteri Kesihatan supaya segera memberi perhatian kepada isu ini,“ katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak rekod 513 kes bunuh diri 2019 hingga September 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI