Perak tubuh jawatankuasa kaji laluan penerbangan berpotensi baru

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji laluan penerbangan berpotensi baru susulan penggantungan operasi laluan Ipoh-Singapura oleh AirAsia.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, keputusan itu juga dibuat susulan pertemuan beliau dengan pihak AirAsia di Ibu Pejabat AirAsia RedQ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Mac lalu.

Katanya, susulan pertemuan itu, jawatankuasa yang ditubuhkan akan turut mengkaji cadangan yang diusulkan AirAsia berkenan penggantian laluan Ipoh-Singapura kepada Ipoh-Johor.

awatankuasa kaji laluan penerbangan Perak ipoh Laluan penerbangan Ipoh-Singapura Penerbangan baru Ipoh-Johor Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Penggantungan laluan AirAsia Ipoh Peluang penerbangan baru di Perak Kajian laluan penerbangan Ipoh Scoot ambil alih penerbangan Ipoh-Singapura
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee mengadakan sidang media selepas meninjau perkembangan terkini projek naik taraf di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 MAC 2025.

“Jawatankuasa khas ini akan mengkaji kesesuaian laluan penerbangan dan memastikan data lengkap dapat diperoleh bagi menarik lebih banyak syarikat penerbangan ke Perak.

“Dan pihak AirAsia bersetuju untuk berkongsi data penerbangan dengan kita, dan kita akan menjadi ia sebagai rujukan terhadap kajian kemungkinan laluan perbangan yang berpotensi ke Perak dari negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika meninjau perkembangan terkini naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), dekat sini, pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan AirAsia mengumumkan penggantungan operasi laluan Ipoh-Singapura berkuat kuasa 25 April.

awatankuasa kaji laluan penerbangan Perak ipoh Laluan penerbangan Ipoh-Singapura Penerbangan baru Ipoh-Johor Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Penggantungan laluan AirAsia Ipoh Peluang penerbangan baru di Perak Kajian laluan penerbangan Ipoh Scoot ambil alih penerbangan Ipoh-Singapura
Suasana sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 MAC 2025.

Berdasarkan kenyataan pada laman sesawang, syarikat penerbangan itu akan menggantung 17 perkhidmatan mereka termasuk laluan Ipoh-Singapura di LTSAS yang bermula 2 Disember 2018 bagi menyemak serta menyelaraskan operasi syarikat berkenaan.

Mengulas lanjut Sze Yee berkata, ketika ini Perak juga sedang mempertimbangkan cadangan penerbangan tiga poin sebagai usaha mengatasi kesukaran mendapatkan laluan langsung dari Ipoh ke destinasi tertentu.

Jelas beliau, kaedah ith membolehkan penerbangan dari Ipoh akan transit ke satu destinasi lain sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

awatankuasa kaji laluan penerbangan Perak ipoh Laluan penerbangan Ipoh-Singapura Penerbangan baru Ipoh-Johor Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Penggantungan laluan AirAsia Ipoh Peluang penerbangan baru di Perak Kajian laluan penerbangan Ipoh Scoot ambil alih penerbangan Ipoh-Singapura
Suasana sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 MAC 2025.

Dalam pada itu, beliau memberitahu sehari sebelum pertemuan dengan AirAsia, beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan syarikat penerbangan kos rendah Singapura, Scoot, susulan isu sama.

“Dalam perbincangan itu kerajaan negeri mencadangkan agar syarikat berkenaan mengambil alih slot penerbangan kosong yang akan digantung AirAsia.

“Bagaimanapun perkara itu memerlukan perbincangan lanjut dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),” ujarnya.

Jelas beliau, ia sebagai usaha kerajaan negeri dalam memastikan penerbangan di LTSAS terus berjalan lancar susulan penggantungan operasi laluan Ipoh-Singapura oleh AirAsia.

awatankuasa kaji laluan penerbangan Perak ipoh Laluan penerbangan Ipoh-Singapura Penerbangan baru Ipoh-Johor Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Penggantungan laluan AirAsia Ipoh Peluang penerbangan baru di Perak Kajian laluan penerbangan Ipoh Scoot ambil alih penerbangan Ipoh-Singapura
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee hadir meninjau perkembangan terkini projek naik taraf di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 MAC 2025.

Mengulas tentang lawatan kerja Sze Yee memberitahu, kerja-kerja menaik taraf LTSAS kini berada pada perkembangan lebih 90 peratus siap.

Kata beliau, antara yang sedang dan telah dinaik taraf termasuk penambahan kaunter imigresen, anjung penumpang, serta kaunter daftar masuk.

Media sebelum ini melaporkan Kerajaan Persekutuan peruntukan RM60 juta bagi menaik taraf dan pembesaran LTSAS yang melibatkan dua fasa.- MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak minta AirAsia pertimbang henti penerbangan Ipoh-Singapura

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI