Perak umum BKK RM14,000 untuk semua pusat khidmat DUN

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM14,000 kepada setiap pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini termasuk yang diwakili pembangkang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, elaun bagi Pengurusan Pusat Khidmat itu diberikan sebagai ganti kepada BKK kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak diumumkan sebelum ini.

“Semasa saya mengumumkan BKK dua bulan gaji pada 29 November yang lalu, saya tidak menyebutkan BKK untuk ADUN-ADUN.

“Walaupun saya faham ADUN-ADUN dalam kumpulan Whatsapp bertanya dan berbincang (dalam perkara ini), tetapi saya minta maaf (kerana pada) kali ini saya tak dapat berikan (BKK) kepada ADUN-ADUN.

“Sebagai gantinya, saya bersetuju untuk menyalurkan BKK kepada pusat khidmat. Pusat khidmat akan dapat dua bulan elaun pusat khidmat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Tambah Saarani, beliau berharap agar BKK yang akan diterima semua ADUN itu akan dapat digunakan sebagai insentif meneruskan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan masing-masing terutama pada musim banjir.

Pada pembentangan belanjawan negeri Jumaat lalu, Saarani mengumumkan BKK dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri.

Bonus itu turut akan dinikmati semua guru lantikan Negeri, Orang Besar Jajahan, Ketua-Ketua Kampung serta kakitangan di bawah kontrak Program Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP).

Saarani berkata, inisiatif itu sebagai menghargai dedikasi penjawat awam negeri yang tidak berbelah bahagi dalam memikul tugas yang diamanahkan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

MB Perak umum Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji penjawat awam

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI