Perak umum tarif baharu air Mac depan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan mengumumkan tarif baharu air bagi pengguna domestik pada awal Mac depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak (LAP) yang akan bersidang pada 1 Mac.

Menurutnya, selepas itu ia akan dibawa ke Persidangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bagi diputuskan kelak.

tarif air Perak saarani mac Negeri Kerajaan Negeri Perak LAP air Perak tarif air Perak saarani mac Negeri Kerajaan Negeri Perak LAP air Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir pada Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 FEBRUARI 2024.

“Memang kita jangkakan ada kenaikan kerana kali terakhir kenaikan tarif air di Perak adalah sekitar tahun 2006.

“Jika kita tidak ambil peluang untuk menaikan tarif air kali ini, kita perlu tunggu untuk satu tempoh masa lain yang akan diberi kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Ia bukan dibuka (menaikan tarif air) pada setiap tahun.

“Justeru itu, kita mahu mengambil peluang menaikan tarif air ini, kerana semua aspek akan diambil kira,” katanya.

tarif air Perak saarani mac Negeri Kerajaan Negeri Perak LAP air Perak tarif air Perak saarani mac Negeri Kerajaan Negeri Perak LAP air Perak
Suasana sekitar Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 FEBRUARI 2024.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tahun 2024 di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

tarif air Perak saarani mac Negeri Kerajaan Negeri Perak LAP air Perak tarif air Perak saarani mac Negeri Kerajaan Negeri Perak LAP air Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bergambar kenangan pada Majlis Perasmian Kursus Pemantapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tahun 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 FEBRUARI 2024.

Mengulas lanjut, Saarani yang juga Pengerusi Lembaga LAP berkata, mesyuarat lembaga itu nanti akan turut diadakan sesi taklimat daripada pengurusan berhubung rasional kenaikan tarif air.

“Ia perlu ada rasional tertentu khususnya melibatkan daripada soal perniagaan, sama ada ia menguntungkan atau sebaliknya, membebankan pengguna atau tidak. Semua perkara itu akan dibincangkan nanti,” jelas beliau.

Pada 17 Januari, SPAN dalam satu kenyataan memaklumkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan naik secara purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu bermula Februari.

Pelarasan ini dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tarif air domestik naik 22 sen setiap meter padu mulai 1 Februari

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI