Perang Meriam Talang sejak lebih 90 tahun

KUALA KANGSAR – Pada asalnya permainan meriam di Kampung Talang, dekat sini, digunakan untuk menghasilkan bunyi kuat bagi menghalau haiwan yang mengganggu tanaman dan hasil tani penduduk.

Zaman berganti zaman, ia kemudian menjadi satu tradisi sejak lebih 90 tahun oleh masyarakat kampung dalam meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, di samping penggunaan meriam buluh dan batang kelapa beralih kepada meriam besi.

Saban tahun, aktiviti itu bukan sahaja menghidupkan suasana malam raya, malah turut menarik perhatian pengunjung dari dalam dan luar negara yang ingin merasai sendiri kemeriahan budaya tersebut.

Perang Meriam Talang Kuala Kangsar Tradisi meriam Talang Perak Perang Meriam Talang Aidilfitri Sejarah Meriam Talang Kuala Kangsar Permainan meriam tradisional Malaysia Karbaid dan meriam besi Kampung Talang Budaya Aidilfitri di Perak Keselamatan permainan meriam tradisional
Anak-anak muda kampung mengecat meriam besi bagi membuat persiapan akhir sebelum menjelang malam raya Hari Raya Aidilfitri di Kampung Talang, Kuala Kangsar.
Bunyi dentuman meriam yang bergema di seluruh kampung bukan sekadar hiburan, tetapi satu tradisi turun-temurun yang telah bertahan sejak lebih 90 tahun lalu (bermula sekitar 1930-an). Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAC 2025.

Penduduk Kampung Talang, Mohd Yusry Mohd Desa, 39, berkata, dentuman demi dentuman meriam sepertakan berkumandang melalui permainan meriam yang berlangsung pada malam menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, walaupun permainan meriam akan bermula seawal jam 11.30 malam, namun lazimnya Kampung Talang akan mula sesak ekoran jumlah kehadiran orang ramai yang ingin melihat warisan berkenaan secara dekat.

Menurut Mohd Yusry, kemeriahan dirasai sepanjang lewat malam apabila dentuman meriam tersebut berterusan sehingga menjelang subuh dan bersambung semula pada jam 6.45 hingga 7.30 pagi.

Perang Meriam Talang Kuala Kangsar Tradisi meriam Talang Perak Perang Meriam Talang Aidilfitri Sejarah Meriam Talang Kuala Kangsar Permainan meriam tradisional Malaysia Karbaid dan meriam besi Kampung Talang Budaya Aidilfitri di Perak Keselamatan permainan meriam tradisional
Penduduk Kampung Talang, Mohd Yusry Mohd Desa, 39. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAC 2025.

“Tak ada meriam di Kampung Talang ibarat tiada hari raya bagi kami. Permainan meriam ini telah berlangsung setiap tahun sejak sekian lama, kecuali pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Setiap kali pada malam permainan meriam itu, kampung kami akan mula jadi tarikan dan ada penduduk mengambil kesempatan membuka gerai-gerai jualan makanan dan minuman,” katanya ketika ditemui di Kampung Talang, baru-baru ini.

Kampung Talang, sebuah perkampungan tradisional di Kuala Kangsar mempunyai satu keunikan yang menjadikannya terkenal setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu permainan meriam.
Bunyi dentuman meriam yang bergema di seluruh kampung bukan sekadar hiburan, tetapi satu tradisi turun-temurun yang telah bertahan sejak lebih 90 tahun lalu (bermula sekitar 1930-an). Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAC 2025.

Mengikut rekod, Kampung Talang terdiri daripada lima bahagian utama iaitu Talang Hulu, Talang Hilir, Talang Tengah, Talang Masjid dan Talang Changkat.

Ujar Mohd Yusry, sebanyak sembilan pasukan dalam permainan tersebut dengan setiap daripada pasukan itu dinamakan mengikut loghat tempatan iaitu Kabu, Tonggok, Poreh, Anok Darat, Padang Kobo, Darat, Seghey, Pulau dan Kelo.

Mengulas lanjut Mohd Yusry berkata, pelbagai persiapan dilakukan kira-kira 10 hari atau seminggu sebelum ‘peperangan’ Meriam Talang berlangsung.

Perang Meriam Talang Kuala Kangsar Tradisi meriam Talang Perak Perang Meriam Talang Aidilfitri Sejarah Meriam Talang Kuala Kangsar Permainan meriam tradisional Malaysia Karbaid dan meriam besi Kampung Talang Budaya Aidilfitri di Perak Keselamatan permainan meriam tradisional
Kampung Talang, sebuah perkampungan tradisional di Kuala Kangsar mempunyai satu keunikan yang menjadikannya terkenal setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu permainan meriam.
Bunyi dentuman meriam yang bergema di seluruh kampung bukan sekadar hiburan, tetapi satu tradisi turun-temurun yang telah bertahan sejak lebih 90 tahun lalu (bermula sekitar 1930-an). Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAC 2025.

Katanya, pada tahun ini terdapat lebih 100 batang meriam besi bersaiz 10 dan 12 inci terlibat dalam aktiviti tersebut membabitkan penggunaan 2 tah karbaid iaitu sejenis bahan kimia yang bertindak balas dengan air untuk menghasilkan gas asetilena.

“Bahan utama untuk menyalakan meriam adalah karbaid, Apabila gas ini dinyalakan, ia menghasilkan letupan kuat yang dapat didengar dari jauh,” jelasnya.

Kata Mohd Yusry lagi, kesemua persiapan serta kos penyediaan aktiviti tersebut ditanggung sendiri oleh ahli-ahli pasukan antara RM80 hingga RM120 seorang.

Perang Meriam Talang Kuala Kangsar Tradisi meriam Talang Perak Perang Meriam Talang Aidilfitri Sejarah Meriam Talang Kuala Kangsar Permainan hari raya meriam tradisional Malaysia Karbaid dan meriam besi Kampung Talang Budaya Aidilfitri di Perak Keselamatan permainan meriam tradisional
Anak-anak muda kampung bergambar bersama meriam besi ketika membuat persiapan akhir sebelum menjelang malam raya Hari Raya Aidilfitri di Kampung Talang, Kuala Kangsar.
Bunyi dentuman meriam yang bergema di seluruh kampung bukan sekadar hiburan, tetapi satu tradisi turun-temurun yang telah bertahan sejak lebih 90 tahun lalu (bermula sekitar 1930-an). Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAC 2025.

“Setiap pasukan mempunyai seorang ‘kapten’ yang akan bertanggungjawab mengawal permainan termasuk memastikan keselamatan para pemain dalam kumpulan masing-masing

“Kapten-kapten ini akan berhubung melalui ‘walkie talkie’ (radio dua hala) bagi menentukan formasi permainan sama ada menggunakan teknik bunyi berasingan, saling berturutan atau serentak.

“Bunyi dentuman dihasilkan ini akan kedengaran tidak ubah seperti pesta berbalas pantun pada malam hari raya.

“Selain itu, setiap pasukan akan mewarnakan atau mengecat meriam mereka tersendiri mengikut tema yang ditetapkan yang mana seperti sebelum-sebelum ini ia berkonsepkan badan beruniform, bendera negeri dan Palestin,” tambahnya.

 

Titik berat aspek keselamatan

Walaupun Meriam Talang merupakan permainan tradisi yang diwarisi dari generasi ke generasi, namun penduduk Kampung Talang bertanggungjawab dalam menjaga aspek keselamatan permainan itu.

Mohd Yusry berkata, lazimnya setiap tahun, ketua kampung akan memanggil semua kapten terlibat dan mengadakan perjumpaan bersama pihak polis sebelum permainan berlangsung.

Kampung Talang, sebuah perkampungan tradisional di Kuala Kangsar mempunyai satu keunikan yang menjadikannya terkenal setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu permainan meriam.
Bunyi dentuman meriam yang bergema di seluruh kampung bukan sekadar hiburan, tetapi satu tradisi turun-temurun yang telah bertahan sejak lebih 90 tahun lalu (bermula sekitar 1930-an). Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAC 2025.
hari raya
Anak-anak muda kampung membuat persiapan akhir sebelum menjelang malam raya Hari Raya Aidilfitri di Kampung Talang, Kuala Kangsar.
Bunyi dentuman meriam yang bergema di seluruh kampung bukan sekadar hiburan, tetapi satu tradisi turun-temurun yang telah bertahan sejak lebih 90 tahun lalu (bermula sekitar 1930-an). Foto ABDULLAH YUSOF, 29 MAC 2025.

Ujarnya, ia bagi mengemas kini langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sepanjang aktiviti Meriam Talang berlangsung bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku.

“Sebelum meriam dinyalakan, semua peralatan diperiksa dengan teliti dan hanya mereka yang berpengalaman dibenarkan mengendalikan meriam.

“Semasa permainan berlangsung juga, kita meletakkan pita amaran 20 meter dari lokasi meriam untuk mengelak orang ramai mendekati kawasan permainan,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Cahaya pelita panjut sinari semangat perpaduan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI