Percaya pada pseudosains punca wanita takut jalani saringan kanser

IPOH – Pemahaman serong atau percaya kepada pseudosains menjadi antara punca utama kepada wanita di negara ini tidak mahu menjalani ujian saringan mengesan barah payudara.

Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr M. Murallitharan berkata, situasi lebih membimbangkan apabila kepercayaan kepada pseudosains atau sains palsu itu mempengaruhi wanita tanpa mengira latar belakang tahap pendidikan mereka.

Katanya, masih terdapat tanggapan dan stigma yang mengatakan pemeriksaan serta rawatan klinikal akan memburukkan lagi situasi barah yang dihadapi, sedangkan ia hanya maklumat palsu.

pseudosains kanser payudara wanita NCSM Dr M Murallitharan rawatan saringan kanser mamogram
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Fasa Ke-6 Program Saringan Mammogram Percuma Etiqa Bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.
Program ini menyasarkan untuk membantu 6000 wanita yang kurang berkemampuan mendapatkan saringan kanser payudara melalui mamogram secara percuma bermula pada Jun 2024 sehingga Jun 2025. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JUN 2024.

Malah Dr Murallitharan menambah, ada juga dakwaan yang menyebut kononnya individu yang sihat akan menghidap penyakit barah jika menjalani pemeriksaan mamogram.

“Saya pernah berhadapan dengan situasi di mana ada pesakit yang dikesan menghidapi barah payudara, namun bertindak membunuh diri pada keesokan harinya.

“Ia kerana dia mempercayai kononnya semua rawatan kemoterapi atau radioterapi (untuk merawat kanser payudara) akan membuatkan keadaan dirinya lagi teruk.

“Sedangkan, jika dia menjalani rawatan-rawatan selanjutnya, berkemungkinan besar dia akan lebih baik dan boleh mencapai usia sehingga beranak cucu,” katanya.

pseudosains kanser payudara wanita NCSM Dr M Murallitharan rawatan saringan kanser mamogram
Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy pada sidang media Majlis Pelancaran Fasa Ke-6 Program Saringan Mammogram Percuma Etiqa Bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.
Program ini menyasarkan untuk membantu 6000 wanita yang kurang berkemampuan mendapatkan saringan kanser payudara melalui mamogram secara percuma bermula pada Jun 2024 sehingga Jun 2025. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JUN 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Fasa Keenam Program Mamogram Percuma Etiqa Bersama NCSM di Pusat Konvensyen Casuarina Meru Raya, di sini, pada Rabu.

Majlis berkenaan disempurnakan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Isteri Kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin serta Pengerusi, Etiqa International Holdings, Datuk R. Karunakaran.

pseudosains kanser payudara wanita NCSM Dr M Murallitharan rawatan saringan kanser mamogram
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Fasa Ke-6 Program Saringan Mammogram Percuma Etiqa Bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.
Program ini menyasarkan untuk membantu 6000 wanita yang kurang berkemampuan mendapatkan saringan kanser payudara melalui mamogram secara percuma bermula pada Jun 2024 sehingga Jun 2025. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JUN 2024.

Justeru, Dr Murallitharan berkata, fasa keenam program berkenaan yang diperluaskan ke kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu turut akan diselitkan dengan elemen kempen kesedaran.

Jelas beliau, ia sebagai usaha mengikis stigma sebahagian besar wanita di negara ini yang masih mempunyai tanggapan buruk terhadap pemeriksaan dan rawatan barah payudara

Tambah Dr Murallitharan, pihaknya bersama Etiqa dan 50 persatuan bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi lain menjalinkan usahasama dalam memastikan lebih ramai wanita tampil untuk membuat pemeriksaan berkenaan.

Kata beliau, ia termasuk menjalankan aktiviti seperti kempen kesedaran, kaunseling berkumpulan serta sesi perkongsian daripada individu yang pernah atau sedang menghidap penyakit sama.

“Setakat ini ada 15 program di seluruh negara yang mana kita akan latih doktor, jururawat, pelajar perubatan dan, bidan untuk bertindak sebagai pempengaruh komuniti.

“Peranan kumpulan ini adalah untuk meyakinkan masyarakat, mengatasi ketakutan dan menghindar mereka daripada kepercayaan berita palsu berkaitan kanser ini,” katanya.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyerahkan cenderamata penghargaan kepada wakil panel hospital dan NGO pada Majlis Pelancaran Fasa Ke-6 Program Saringan Mammogram Percuma Etiqa Bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Hotel Casuarina Meru, Ipoh.
Program ini menyasarkan untuk membantu 6000 wanita yang kurang berkemampuan mendapatkan saringan kanser payudara melalui mamogram secara percuma bermula pada Jun 2024 sehingga Jun 2025. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 JUN 2024.

Terdahulu dalam sembah ucapannya, Dr Murallitharan memberitahu seramai 27,500 wanita di negara ini telah menjalani pemeriksaan mamogram secara percuma di bawah program NCSM dan Etiqa sejak 2017 membabitkan perbelanjaan RM9.7 juta.

“Pada fasa kelima yang lalu, Etiqa telah menyumbang sebuah trak kesihatan yang juga dipanggil sebagai Klinik Saringan Bergerak Nasional Etiqa kepada NCSM.

“Sehingga kini, trak kesihatan yang dikendalikan NCSM ini telah berjaya menyaring 50,000 individu bagi kanser payudara, serviks dan prostat,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pantai Hospital Ipoh lancar Pusat Haemato untuk penjagaan pesakit kanser

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI