Perdana Menteri ziarah Rafizi di hospital

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang kini sedang dirawat di hospital.

Dalam perkongsian di media sosial rasmi hari ini, Anwar mendoakan Ahli Parlimen Pandan itu diberikan kesembuhan dengan segera.

“Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak menyatakan tarikh, waktu serta pusat perubatan yang menjalankan rawatan terhadap Rafizi.

Pada Oktober tahun lalu media melaporkan, Rafizi berada dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung.

Menurut laporan, Ahli Parlimen Pandan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI