Perhilitan Perak tangkap tujuh ekor gajah liar

GERIK – Tujuh ekor gajah liar dewasa berusia antara 20 hingga 35 tahun berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak di Bersia Lama, di sini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, kesemua gajah yang ditangkap merupakan dua ekor gajah jantan manakala bakinya merupakan gajah betina.

Menurut beliau, gajah-gajah berkenaan dilaporkan penduduk kampung berkeliaran selain merosakkan tanaman mereka.

“Konflik gajah dan manusia di kawasan Bersia Lama ini mula dilaporkan sejak awal bulan lalu sebelum tangkapan secara berperingkat dibuat mulai 25 Oktober lalu.

Salah seekor gajah liar yang berjaya di tangkap perhilitan di Bersia Lama Gerik.

“Kesemua gajah berkenaan akan dipindahkan ke habitat semula jadi yang lebih sesuai dan selamat secara berperingkat menggunakan gajah denak,” katanya.

Yusoff berkata, dua gajah denak iaitu Abot dan Ceri digunakan Perhilitan untuk memujuk dan menarik keluar dua ekor gajah liar yang ditangkap ke atas lori.

“Untuk hari ini kit akan pindahkan dua ekor dahulu gajah liar ini manakala bakinya akan dipindahkan secara berperingkat,” katanya.

Operasi memindahkan mamalia berkenaan bermula pada jam 9 pagi dan disertai 10 kakitangan Perhilitan Perak dan 15 kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI