Perikanan sita tiga vesel bernilai RM2.5 juta

IPOH – Jabatan Perikanan Perak menyita tiga vesel kerana melanggar Akta Perikanan 1985 menerusi program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan Vesel Menangkap Ikan (MCS) mulai semalam dan hari ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap berkata, program yang meliputi perairan Selangor dan Perak turut menahan 21 nelayan asing terdiri daripada warga Myanmar, Thailand dan Cambodia tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Menurut beliau, seramai lapan anggota bersama sebuah aset laut terlibat dalam program dua hari itu.

“Hasil daripada pelaksanaan program ini sebanyak dua buah vesel peranti pengumpul ikan (MPPI) telah ditahan kerana telah melakukan kesalahan memasang lampu peranti mengumpul ikan kurang dari 15 batu di perairan Tanjung Sauh, Sabak Bernam, Selangor .

“Sebuah vesel penangkapan ikan Zon C telah ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985.

Perikanan sita tiga vesel bernilai RM2.5 juta
Salah satu daripada tiga vesel yang disita Jabatan Perikanan Perak menerusi program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan Vesel Menangkap Ikan (MCS). Foto ihsan Jabatan Perikanan Perak

“Nilaian rampasan dianggarkan sebanyak RM2.5 juta dan kesemua kes disiasat mengikut Sek 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, kesemua bot pukat tunda yang ditahan dibawa ke Pangkalan MCS Kampung Acheh, Lumut untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, beliau memandang serius akan isu dan kesalahan yang melibatkan pelanggaran Akta Perikanan 1985.

“Ini kerana aktiviti seperti pelanggaran zon kawasan penangkapan, penggunaan peralatan perikanan yang dilarang dan aktiviti yang tidak beretika akan menyebabkan berlakunya tekanan keatas kelestarian sumber perikanan,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lepaskan ribuan ikan asing ke sungai, DOF siasat kejadian berlaku di Selangor

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI