Perjanjian bekal air Sungai Perak ke Pulau Pinang tidak dapat dimuktamadkan lagi

IPOH – Keputusan berkenaan perjanjian isu berkaitan bekalan air terawat antara Pulau Pinang dan Perak menerusi Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) tidak dapat dimuktamadkan pada tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana ia perlu melalui pelbagai proses yang panjang termasuk menunggu kelulusan peruntukan dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian bagi pembinaan loji rawatan air (LRA) di utara Perak.

Jelasnya, kerajaan negeri telah pun mengadakan perjumpaan dengan kementerian berkenaan bagi membincangkan berkenaan hal itu, pada November lalu.

Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JANUARI 2024.

“Tanpa kelulusan peruntukan itu (daripada kementerian) tidak ada sebarang perjanjian yang boleh dibuat.

“Sebab itu saya katakan, ia bergantung kepada sejauh mana keberkesanan jawatankuasa kedua-dua negeri ini dapat meyakinkan kementerian untuk meluluskan peruntukan bagi kita melaksanakan pembinaan loji air terawat tersebut.

“Jika sekarang kita mahu tetapkan perjanjian, ia dibuat berdasarkan kepada apa? Ini kerana tarif air, harga dan hal-hal berkaitan akan ditentukan oleh kementerian,” katanya.

Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima cenderahati pada Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, serta Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.

Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS Sungai Perak Pulau Pinang bekalan air loji rawatan air Saarani Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak SPRWTS
Suasana sekitar Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 JANUARI 2024.

Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan laporan media bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menandatangani sama ada memorandum persefahaman atau perjanjian pembiayaan dengan Perak berkenaan SPRWTS pada tahun ini.

Ketika ditanya tentang permintaan Pulau Pinang yang mahu penyaluran bekalan 700 liter air terawar sehari, Saarani menjejaskan ia masih tertakluk kepada kebergantungan keperluan domestik.

“Kalau kita tak cukup air, macam mana nak jual pada orang? Penjualan bekalan air terawat ini tertakluk kepada perjanjian,” ujar beliau.

Skim projek berkenaan adalah sebahagian daripada Pelan Kontingensi Air Pulau Pinang 2030, di mana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan membelanjakan RM1.18 bilion dalam tempoh beberapa tahun akan datang untuk meningkatkan bekalan air negeri itu kepada 602 juta liter sehari.

Pengumuman itu dibuat ketika Pulau Pinang menghadapi pemotongan air berjadual empat hari yang dijangka menjejaskan 85 peratus di negeri itu minggu depan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perjanjian bekal air Sungai Perak ke Pulau Pinang tidak dapat dimuktamadkan lagi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI