Perkasa dedah ilmu keusahawanan kepada pelajar IPT, belia

TRONOH – Perak Entrepreneurship Scholars’ Advancement (Perkasa) 2024 adalah satu inisiatif kerajaan negeri yang dilaksanakan selari dengan usaha menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan graduan di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program tersebut adalah anjuran bersama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Tapah termasuk mentor perniagaan serta beberapa agensi terlibat.

Menurutnya, seramai 79 peserta daripada 23 IPT awam serta swasta terlibat dalam program yang julung kali diadakan ini.

Perkasa dedah ilmu keusahawanan kepada pelajar IPT, belia
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed berucap ketika hadir ke Bengkel Pemantapan Perniagaan Program Perak Entrepreneurship Scholar’s Advancement (PERKASA) 2024 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Tronoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 NOVEMBER 2024.

“Program ini telah dilakukan dalam dua konteks yang sama, pertama kepada pelajar sekolah menengah dan pada kali ini mendapat kerjasama baik daripada UiTM Tapah bersama-sama mengilhamkan program ini.

“Menerusi program ini, belia dan pelajar IPT diberi pendedahan awal berkaitan dengan keusahawanan, produk dan memperkenalkan agensi yang ada untuk membantu mereka sekiranya  mereka ingin menceburi bidang perniagaan selepas tamat pengajian.

“Tahun ini, pertama kali kita mendapat bantuan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan program ini dapat dijayakan dan insyaALLAH ia akan diteruskan pada tahun akan datang,” katanya.

Perkasa dedah ilmu keusahawanan kepada pelajar IPT, belia
Suasana sekitar Bengkel Pemantapan Perniagaan Program Perak Entrepreneurship Scholar’s Advancement (PERKASA) 2024 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Tronoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 NOVEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan penutup Bengkel Pemantapan Perniagaan Perkasa 2024 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Salbiah berkata, kerajaan negeri fokus dalam menjayakan program sedemikian melibatkan semua peringkat.

Perkasa dedah ilmu keusahawanan kepada pelajar IPT, belia
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed melawat reruai pameran Bengkel Pemantapan Perniagaan Program Perak Entrepreneurship Scholar’s Advancement (PERKASA) 2024 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Tronoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 NOVEMBER 2024.

“Untuk menjadi usahawan kita kena ada ilmu keusahawanan, kalau tidak, kita akan ada jumlah usahawan yang ramai tetapi kita khuatiri produk dihasilkan tidak berkualiti, tidak kekal dan tidak dapat bersaing di pasaran.

“Sebab itu pentingnya pendedahan awal keusahawanan ini. Jadi kita ada program di peringkat sekolah, IPT dan usahawan. Kerajaan negeri sememangnya fokus dalam perkara tersebut bagi memastikan usahawan PMKS (mikro, kecil dan sederhana) terutamanya dapat diutamakan di Perak,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak peruntuk hampir RM1 juta untuk bantuan GeRAK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI