Perkeso Perak sasar 14,000 individu bekerja sendiri carum SKSPS menjelang akhir 2024

BAGAN DATUK – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Perak, menyasarkan kira-kira 14,000 individu yang menjalankan pekerjaan sendiri mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) menjelang akhir 2024.

Pengarah Perkeso Perak, V Mohanadas berkata, sasaran sama turut diletakkan pada suri rumah yang mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di seluruh negeri ini.

“Ramai (pencarum) yang telah menyambung (caruman) untuk SKSPS dan SKSSR.

“Kita jangka jumlahnya akan meningkat pada tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutup Fiesta Perkeso Prihatin bersama Politeknik Bagan Datuk di sini, pada Sabtu.

Perkeso Perak sasar 14,000 individu bekerja sendiri carum SKSPS menjelang akhir 2024
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan ketika hadir pada program Fiesta PERKESO Prihatin bersama Politeknik Bagan Datuk, petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 JUN 2024.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Intergrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, skim tersebut baharu sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lalu dalam Belanjawan 2024.

“Ini adalah satu skim baharu yang dilancarkan dan sambutan untuk permulaan amat menggalakkan.

“Program ini juga dilihat berjaya dan akan diperluaskan di seluruh Perak.

“Bagaimanapun, Perkeso diharap mempergiatkan promosi dan iklan kerana masih ramai yang belum tahu mengenai kedua-dua skim berkenaan,” jelasnya.

Perkeso Perak sasar 14,000 individu bekerja sendiri carum SKSPS menjelang akhir 2024
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan melawat reruai pameran ketika hadir ke program Fiesta PERKESO Prihatin bersama Politeknik Bagan Datuk, petang tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 JUN 2024.

Sementara itu, Sivanesan dalam ucapannya memaklumkan program pada hari ini adalah hasil usaha dan komited Perkeso terhadap kesejahteraan dan kebajikan sosial masyarakat.

Katanya, program tersebut diharap dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai Skim-Skim Perlindungan Keselamatan Sosial serta inisiatif-inisiatif baharu Perkeso.

“Secara tidak langsung, program ini dapat meningkatkan imej Bagan Datuk dan menambah nilai komersial sekaligus sebagai sebuah penghargaan kepada jabatan dan agensi sekitar daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Daftar dan carum pekerja sebelum 31 Mei atau berdepan pendakwaan – Perkeso

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI