GEORGE TOWN – Perlindungan keselamatan sosial di Malaysia bakal setaraf negara maju susulan pindaan perundangan sedia ada untuk memperkenalkan Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Skim terbaharu menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat, dalam tempoh terdekat itu akan memperuntukkan perlindungan menyeluruh secara 24 jam, sekali gus memanfaatkan lebih 9.6 juta pekerja di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, menyifatkan pengenalan SKBBK amat signifikan kerana skop perlindungan diperluas kepada kemalangan di luar waktu bekerja, termasuk semasa aktiviti harian dan perjalanan peribadi.
“Berdasarkan statistik Perkeso bagi tempoh antara 2018 hingga 31 Ogos lalu, sejumlah 539,111 permohonan tuntutan faedah menerusi Akta 4 diterima Perkeso.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 26,865 kes tuntutan ditolak atas faktor tertentu dengan majoriti iaitu 87 peratus adalah kerana diputuskan sebagai bukan bencana kerja.
“Kelompangan perlindungan ini bukan sekadar memberi kesan kewangan kepada pekerja dan keluarga, malah mengundang tekanan kepada sistem kesihatan awam negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Deepavali Perkeso, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Peng“Ini adalah kesinambungan daripada sokongan perdana menteri ketika menyampaikan ucaptama di World Social Security Forum (WSSF) 2025 pada 29 September lalu di Kuala Lumpur, mengenai kepentingan perlindungan sosial yang inklusif untuk semua golongan pekerja,” katanya.
Steven Sim turut memaklumkan bahawa kementerian akan mencadangkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) di Dewan Rakyat, bagierusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Mengulas lanjut, Steven Sim berkata, pindaan perundangan Perkeso akan meletakkan Malaysia sebaris negara-negara maju seperti New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada yang turut memiliki konsep perlindungan holistik tanpa mengira waktu, tempat dan punca kemalangan.
“Ini adalah kesinambungan daripada sokongan perdana menteri ketika menyampaikan ucaptama di World Social Security Forum (WSSF) 2025 pada 29 September lalu di Kuala Lumpur, mengenai kepentingan perlindungan sosial yang inklusif untuk semua golongan pekerja,” katanya.
Steven Sim turut memaklumkan bahawa kementerian akan mencadangkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) di Dewan Rakyat, bagi memperkenalkan Elaun Bantuan Mobiliti (EBM) di bawah inisiatif LINDUNG Kerjaya.
Beliau berkata, inisiatif baharu Kesuma melalui Perkeso ini sejajar penjenamaan LINDUNG Kerjaya untuk membantu Orang Berinsurans menerusi bantuan kewangan bagi menanggung kos perpindahan untuk menerima tawaran kerja.
“Elaun sehingga RM1,000 disediakan bagi menampung kos perpindahan, termasuk pergerakan rentas negeri atau wilayah, sekali gus menggalakkan mobiliti tenaga kerja dan mengurangkan jurang peluang pekerjaan antara bandar dan luar bandar,” jelasnya.
Pada majlis sama, lebih RM108,500 turut disalurkan kepada 13 penerima faedah Perkeso di bawah pelbagai skim LINDUNG.
Selain itu, 112 penerima sumbangan yang terdiri daripada balu, duda dan anak yatim dari seluruh Pulau Pinang diraikan serta disantuni dengan bantuan daripada Kesuma melalui Perkeso.
Malah, 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) masing-masing menerima sumbangan RM10,000 di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PERKESO dengan keseluruhan nilai bantuan RM100,000. – MalaysiaGazette