Perodua sasar jualan SUV terbaharu 1,900 unit sebulan

KUALA LUMPUR – Perodua melancarkan Perodua Traz, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu dengan lima tempat duduk yang direka untuk mereka yang menggemari pengembaraan bandar dan golongan yang berkeluarga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua menyasarkan model terbaharu itu mampu mencapai jualan 1,900 unit sebulan.

Katanya, Perodua Traz dijual pada harga antara RM76,100 hingga RM82,000 (harga atas jalan namun tidak termasuk insurans), dijangka melengkapi rangkaian SUV Perodua seperti Aruz dan Ativa.

“Kos projek Traz adalah sekitar RM563.3 juta dan dihasilkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd di Sungai Choh, Rawang. Ia menggunakan 95 peratus kandungan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Perodua Traz direka untuk menjadi kenderaan Perodua paling mesra pengguna dengan slogan ‘Engineered Simply’, yang mana SUV itu dibuat mengikut kehendak pemandu Malaysia.

Tahap kecekapan bahan apinya adalah sebanyak 21.3 kilometer per liter bergantung kepada Mod Kitaran Pemanduan Malaysia.

Tambah beliau, Perodua menjangka kenderaan itu akan memberi impak secara positif kepada jumlah pendaftaran kenderaan Perodua untuk tahun 2026 dan seterusnya.

Perodua Traz juga didatangkan dalam beberapa warna termasuklah Cranberry Red, Electric Blue with Black Roof, Glittering Silver, Ivory White dan Granite Grey. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI