Perumahan Perwira diperluas kepada bekas penjawat awam

TAPAH – Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak kini diperluas kepada bekas anggota penjawat awam bagi memberi peluang kepada mereka untuk memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana inisiatif Perumahan Perwira sebelum ini hanya terhad pemohon dalam kalangan anggota polis dan tentera sahaja.

Program Khas Perumahan Perwira Perak penjawat awam Saarani anggota unit beruniform polis tentera tapah rumah kediaman
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak dan Program Baiti Jannati di Taman Perumahan Perwira Jaya, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 OKTOBER 2024.

Katanya, kini projek berkenaan juga diperluaskan kepada anggota unit beruniform lain seperti bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sebagaimana yang dilaksanakan di Projek Taman Perwira Jaya, dekat sini.

“Pembangunan ini melibatkan kawasan seluas 20.23 hektar itu menelan kos RM93 juta melibatkan 596 unit Rumah Perakku rumah teres satu tingkat.

“Daripada jumlah itu, 64 peratus rumah diberikan kepada anggota beruniform seperti polis, bomba, RELA, tentera dan Maritim Malaysia. Sementara 36 peratus lagi kepada bekas anggota dan penjawat awam,” katanya.

Program Khas Perumahan Perwira Perak penjawat awam Saarani anggota unit beruniform polis tentera tapah rumah kediaman
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melakukan tinjauan salah satu rumah contoh ketika hadir pada Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak dan Program Baiti Jannati di Taman Perumahan Perwira Jaya, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira dan Program Baiti Jannati di Taman Perwira Jaya, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin.

Program Khas Perumahan Perwira Perak penjawat awam Saarani anggota unit beruniform polis tentera tapah rumah kediaman
Taman Perumahan Perwira Jaya, Batang Padang, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 OKTOBER 2024.

Tambah Saarani, projek perumahan berkenaan dibangunkan pemaju Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama dan serta diselaraskan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Ujar beliau, fasa pertama projek yang siap pada Julai lalu itu melibatkan pembangunan rumah teres satu tingkat, taman permainan dan kolam tadahan.

Jelas beliau lagi, fasa kedua Program Khas Perumahan Perwira pula akan melibatkan pembinaan 10 unit kedai untuk menyokong komuniti setempat.

“Saya dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah antara RM149,000 sehingga RM160,000 yang mana ia berpatutan berbanding dengan harga rumah yang ditawarkan di luar iaitu sekitar RM250,000.

“Selain harga bergantung kepada setiap keluasan unit, semua rumah berkenaan turut dilengkapi dengan ,jubin seramik yang masa ia sangat selesa dan mampu untuk dimiliki,” katanya.

Mengulas tentang Program Baiti Jannati, Saarani berkata inisiatif yang digerakkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama LPHP itu bertujuan membuka peluang kepada golongan asnaf untuk memiliki kediaman sendiri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (empat, kanan) menyerahkan sumbangan Projek Baiti Jannatikepada penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak dan Program Baiti Jannati di Taman Perumahan Perwira Jaya, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 OKTOBER 2024.

“Seramai lima keluarga asnaf yang layak telah terpilih untuk menerima rumah di bawah program ini. Dua unit rumah disediakan di Taman Seri Selinsing, Daerah Kerian, dan tiga lagi di Taman Emas Bidor, di Batang Padang.

“Bagi membiayai pembelian rumah-rumah ini, TNB telah memperuntukkan sebanyak RM450,000 sekali gus menunjukkan komitmen tinggi dalam tanggungjawab sosial korporat,” tambah beliau.

Difahamkan, setakat ini terdapat tujuh projek Rumah Pewira yang diselaraskan LPHP iaitu tiga di Batang Padang, sementara masing-masing dua di Perak Tengah serta Manjung. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

53 orang pembeli Rumah Perakku I terima surat tawaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI