Pesawat ‘Microlight’ terhempas di Taiping, dua lelaki cedera

TAIPING – Dua lelaki cedera dalam insiden kemalangan pesawat ringan jenis ‘Microlight’ yang terhempas di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah, dekat sini, pada Ahad.

Difahamkan mangsa merupakan seorang pemandu yang berusia 46 tahun dan pelatih berusia 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.30 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemantauan dan penilaian awal.

Pesawat Microlight terhempas Taiping Kemalangan pesawat ringan Insiden Microlight Taiping Lapangan Terbang Tekah IPD Taiping Dua cedera pesawat terhempas Mohamad Nasir Ismail Kemalangan udara Perak Microlight crash Taiping Keselamatan penerbangan kecil

Dua individu cedera dalam insiden kemalangan pesawat ringan jenis ‘Microlight’ yang terhempas di kawasan lapang berhampiran Lapangan Terbang Tekah, Taiping, pada Ahad. foto PDRM

“Kedua-dua individu yang terlibat (dalam insiden itu) telah dibawa ke hospital taiping untuk rawatan lanjut.

“Polis akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa termasuk menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan bagi memastikan tindakan kawalan risiko dan keselamatan penduduk sekitar dapat dilaksanakan secara berkesan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Tambah Mohamad Nasir, masyarakat diminta untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tarif AS: Malaysia beli 30 pesawat Boeing 737 berjumlah AS$9.5 bilion

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI