Petronas sahkan kebakaran, saluran paip gas terbakar diasingkan

KUALA LUMPUR – Petronas Gas Berhad (PGB) mengesahkan kejadian kebakaran saluran paip utama miliknya berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor yang menyebabkan kebakaran besar awal pagi tadi.

PGB dalam satu kenyataan memaklumkan, saluran paip gas yang menyebabkan kebakaran besar itu telah diasingkan, manakala semua pihak berkepentingan telah dimaklumkan.

Bagaimanapun, tambahnya, stesen runcit Petronas di kawasan sekitar tidak terjejas.

“PGB mengesahkan kebakaran berlaku pada 01/04/2025 pukul 0810hrs di saluran paip utama PGB berhampiran Putra Heights, Puchong, Selangor,” menurut kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, PGB kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan keadaan dan akan menyalurkan maklumat tambahan dalam masa terdekat kerana siasatan masih dijalankan.

“Keselamatan masyarakat sekeliling, alam sekitar dan keselamatan bekalan gas kepada negara terus menjadi keutamaan kami (PGB),” katanya.

Setakat puku, 10.35 pagi tadi, kira-kira 25 mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas itu menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Beliau berkata beberapa rumah turut terbakar dalam kejadian itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI