PGA serbu kilang haram proses e-waste, nilai rampasan RM1.3 bilion

SUNGAI SIPUT – Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berjaya membongkar aktiviti memproses bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1.3 bilion di sebuah kilang haram di sini, pada Sabtu.

Rampasan di kilang memproses barangan terjadual seperti timah, besi dan alumunium di Kawasan Perusahaan Rimba Panjang itu turut melibatkan pelbagai mesin, jentera dan kenderaan.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, ia hasil risikan selama sebulan dan serbuan yang dijalankan pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menerusi Op Hazard, sekitar jam 9.30 pagi.

PGA kilang memproses bahan e-waste tangkapan warga asing kilang warga Shahrum rampasan bahan
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, pada sidang media berkenaan rampasan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste), serta jentera di sebuah kilang haram berjumlah RM1.3 bilion menerusi Op Hazard di kawasan perindustrian di Sungai Siput. Foto: Syakir Yusof

Menurutnya, hasil pemeriksaan di premis tersebut pihaknya menemui pelbagai bahan e-waste yang dimampatkan dan juga ada yang dihancurkan dalam lebih daripada 1,000 beg bersaiz jumbo dengan anggaran nilai RM1.16 juta.

“Hasil operasi seramai 27 individu ditahan dengan 10 daripadanya warga Myanmar, 14 warga China dan dua warga tempatan yang juga merupakan pemilik serta penyelia kilang.

“Kesemua ditahan berusia antara dua sehingga 60 tahun. Kanak-kanak lelaki yang ditahan itu merupakan salah seorang anak kepada pekerja warga Myanmar di kilang berkenaan

“Hasil siasatan awal juga mendapati pemilik memperoleh tanah pada tahun 2022 dan mula mengoperasikan kilang kira-kira pada lapan bulan lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Sabtu.

PGA kilang memproses bahan e-waste tangkapan warga asing kilang warga Shahrum rampasan bahan
Antara bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) serta jentera yang dirampas di sebuah kilang haram berjumlah RM1.3 bilion menerusi Op Hazard di kawasan perindustrian di Sungai Siput. Foto: Syakir Yusof

Ujar Shahrum, kesemua warga China yang ditahan dipercayai memiliki pasport palsu kerana tiada cop kemasukan atau keluar negara, sementara semua warga Myanmar didapati tidak memiliki sebarang dokumen sah.

“Seorang individu warga China yang bertindak sebagai saintis berusia 60 tahun juga ditahan dalam operasi itu.

“Dia bertindak sebagai pengendali makmal di kilang berkenaan yang ditugaskan untuk memeriksa kualiti dan kuantiti setiap bahan e-waste yang diproses,” jelasnya.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, menunjukkan rampasan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste), serta jentera di sebuah kilang haram dianggarkan berjumlah RM1.3 bilion menerusi Op Hazard di kawasan perindustrian di Sungai Siput. Foto: Syakir Yusof

Tambah beliau, kilang seluas 4.86 hektar itu mempunyai empat bahagian bangunan dengan pengoperasian menggunakan 10 penaja elektrik serta mendapatkan bekalan air dari kawasan lombong berhampiran.

Ujar Shahrum, hasil semakan awal mendapati kilang yang terletak di kawasan kira-kira 2 kilometer (km) dari jalan utama dengan laluan batu kerikil itu tidak berdaftar dengan JAS bagi memproses e-waste.

Antara bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) yang dirampas di sebuah kilang haram menerusi Op Hazard di kawasan perindustrian di Sungai Siput. Foto: Syakir Yusof

“Kilang ini menyimpan dan memproses sisa terjadual, termasuk sisa elektronik yang dipercayai dibawa masuk melalui kontena dari beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, Bolivia, Oman dan Thailand.

“Kesemua bahan e-waste itu kemudian diproses termasuk dijadikan dalam bentuk jongkong atau bongkah sebelum ia bungkus menggunakan alumunium agar tidak dapat dikesan dieksport ke luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 34A (6) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kerana tiada kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Seksyen 14 Akta sama kerana tiada lesen, serta Akta Imigresen 1959/63. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis lupus peralatan Bitcoin nilai hampir RM2 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI