PGA serbu kilang proses aluminium haram, rampasan cecah RM11.8 juta

BATU GAJAH – Sebuah kilang memproses barangan aluminium dan buangan berjadual yang beroperasi secara haram di Kawasan Perindustrian Pengkalan dekat Pusing di sini diserbu dengan 1,221.3 tan logam bernilai kira-kira hampir RM10 juta dirampas.

Serbuan diketuai Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak dan Majlis Daerah Batu Gajah itu dilakukan sekitar 7.30 malam pada Rabu

Timbalan Komander Briged Utara PGA, Asisten Komisioner Shamsul Baharin Aman berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya menemukan sejumlah besar logam jenis aluminium serta pelbagai mesin dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan pemprosesan secara haram.

“Premis ini menjalankan aktiviti pemprosesan aluminium tanpa lesen atau permit yang sah di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Dalam serbuan ini, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang mengaku sebagai pengurus kilang telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lokasi pada Khamis.

Shamsul Baharin berkata, selain logam aluminium, turut dirampas pelbagai peralatan termasuk sebuah lori dengan nilai keseluruhan mencecah RM11.81 juta.

Siasatan awal mendedahkan bahawa pengusaha kilang terbabit dipercayai telah beroperasi sejak dua tahun lalu dibantu seramai 10 pekerja.

“Setiap produk logam aluminium yang diproses akan dihantar ke luar negara melalui ejen yang dilantik. anggaran keuntungan bulanan kilang ini adalah sekitar RM20,000. Kita mengesyaki ada unsur penyeludupan bahan mentah yang dibawa masuk dari luar negara sebelum diproses dan dieksport semula,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh memberitahu, antara bahan utama yang diproses merupakan buangan industri yang dikategorikan di bawah kod ‘SW422’.

Jelasnya, ia merupakan campuran logam dan pelarut kimia atau solvent yang dikenali sebagai satu bentuk buangan berjadual yang dilarang diproses tanpa lesen sah.

“Semasa tinjauan, kita nampak berlaku pembakaran dengan minyak Paralisis tayar di mana minyak ini apabila dibakar balik, akan mengeluarkan menyebabkan bau yang ketara tanpa alat kawalan yang sempurna ke udara,” katanya.

Kes disiasat di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; Seksyen 6 Akta Peniaga Sekenhend 1946 dan Undang-Undang Kecil, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2017. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kilang proses e-waste haram diserbu, nilai rampasan RM111.4 Juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI