PHI sumbang katil pesakit bantu penjagaan paliatif, warga emas di Perak

IPOH – Pantai Hospital Ipoh (PHI) terus memperkukuh komitmennya terhadap komuniti melalui satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan katil pesakit kepada dua organisasi kebajikan di Perak sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-30.

Inisiatif ini dilaksanakan hasil kolaborai Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Perak (MMA Perak) bagi menyokong organisasi yang berdedikasi dalam menjaga golongan yang memerlukan di komuniti.

Katil pesakit itu diserahkan kepada Pertubuhan Rawatan Paliatif Perak (PPCS) bagi menyokong pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif dan Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua Islam Titian Abadi (PEKITA) iaitu sebuah rumah kebajikan yang menyediakan penjagaan dan perlindungan kepada warga emas.

Program tersebut turut diserikan dengan sesi berbuka puasa bersama penghuni pertubuhan kebajikan tersebut serta pemberian bantuan keperluan asas, bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yow Huai Mim berkata, sambutan ulang tahun ke-30 hospital tersebut dipilih sebagai peluang untuk memberi kembali kepada masyarakat.

“Ini adalah detik yang amat bermakna bagi kami di PHI. Sempena sambutan ulang tahun ke-30 ini, kami ingin menjadikannya lebih daripada sekadar satu perayaan, tetapi sebagai peluang untuk menyumbang semula kepada komuniti.

“Kami berharap sumbangan katil pesakit ini dapat membantu meningkatkan keselesaan, keselamatan serta kualiti kehidupan pesakit dan warga emas yang memerlukan penjagaan tambahan.

PHI sumbang katil pesakit bantu penjagaan paliatif, warga emas di Perak
Pantai Hospital Ipoh (PHI) berkolaborasi dengan Persatuan Perubatan Malaysia Cawangan Perak (MMA Perak) menyumbangan katil pesakit kepada dua organisasi kebajikan di Perak. Foto Pantai Hospital Ipoh

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap CSR serta berhasrat untuk terus menjadi rakan komuniti yang kukuh, bukan sahaja dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan, tetapi juga dalam menyokong usaha kebajikan dan kemanusiaan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua Islam Titian Abadi di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi, Cheong Siew Fong, dan Pakar Bedah Ortopedik, Dr Azizul Akram.

Dalam pada itu, Pengerusi MMA Perak, Dr Monesh Pillai berkata, peranan profesional perubatan bukan sekadar merawat pesakit di klinik atau hospital, tetapi turut melibatkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

“Sebagai doktor, kami percaya tanggungjawab kami melangkaui penjagaan klinikal. Kami juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu komuniti, terutamanya mereka yang memerlukan sokongan dan perhatian tambahan.

“Selain itu, kami sering terlibat dalam pelbagai program khidmat masyarakat dan inisiatif kebajikan di sekitar Ipoh dan negeri Perak bagi membawa sokongan serta keselesaan kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.

PHI berharap sumbangan katil pesakit ini akan memberi manfaat berpanjangan kepada kedua-dua organisasi serta memperkukuhkan lagi kerjasama antara institusi penjagaan kesihatan dan badan kebajikan dalam memastikan golongan rentan terus menerima penjagaan serta perhatian yang sewajarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PCSH dengan kerjasama Bomba Perak edar 2,000 bubur lambuk percuma

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI