Phone scam: Warga emas lesap lebih RM150,000

IPOH – Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian lebih daripada RM150,000 selepas terpedaya dengan penipuan dalam talian atau ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pihak insurans dan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa berusia 73 tahun itu telah membuat laporan polis selepas mengesyaki dirinya ditipu sindiket berkenaan.

Katanya, hasil maklumat, lelaki warga emas itu mendakwa telah menerima panggilan telefon dari sebuah syarikat insurans dengan memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan bayaran.

Menurut beliau, panggilan telefon itu kemudian kononya disambung kepada pihak lain yang mendakwa sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Mangsa diberitahu kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram melibatkan nilai lebih RM2 juta dan waran tangkap telah dikeluarkan.

“Mangsa diugut dan diarahkan untuk membuat pelbagai transaksi ke beberapa akaun bank kononnya untuk tujuan jaminan diri dan bagi siasatan dalaman,” katanya dalam satu kenyataan.’

Abang Zainal Abidin berkata, mangsa yang dalam keadaan panik telah membuat transaksi ke 12 akaun bank berbeza yang diberikan suspek dengan jumlah keseluruhan RM158,000.

Kata beliau, mangsa yang merasakan dirinya ditipu kemudian tampil membuat laporan polis dan siasatan sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengesan pemilik akaun-akaun terlibat dan semua suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket ini.

“Justeru orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati apabila menerima panggilan tidak dikenali yang mendakwa mereka dari agensi penguat kuasa, institusi kewangan dan sebagainya,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lepasan IPT sering jadi mangsa penipuan ‘job scam’ luar negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI