Pilih calon BN pastikan DUN Ayer Kuning kekal bawah kerajaan – Ahmad

PONTIAN – Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mempunyai dua pilihan pada 26 April ini.

Ketua Sekteriat War Room UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mereka boleh memilih sama kekal bersama-sama kerajaan negeri dan Persekutuan atau memilih pembangkang.

“Pilihan itu amat jelas. Kalau sokong Perikatan Nasional (PN), maka Ayer Kuning akan menjadi kawasan pembangkang sedangkan selama ini kawasan ini adalah kawasan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat.

“Jadi, lebih baik kekal bersama kerajaan untuk memastikan pelbagai manfaat terus dapat disalurkan kepada rakyat di sini,” katanya ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Pontian di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini.

Katanya, Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan seorang calon yang mempunyai latar belakang pendidikan dan agama yang kukuh iaitu Dr Mohamad Yusri Bakir.

“Calon kita ini seorang ustaz, bekas guru, pensyarah dan pernah menjadi ketua jabatan. Kini, beliau Ketua UMNO bahagian dan sebelum ini juga pernah menjadi Ketua Penerangan Bahagian.

“Beliau calon terbaik hasil tapisan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” ujarnya.

Menurut beliau, enam nama telah dicadangkan dan hanya Muhammad Yusri dipilih sebagai yang paling layak untuk membawa suara rakyat Ayer Kuning ke peringkat lebih tinggi.

Tambah Ahmad, harapan pihaknya adalah agar rakyat di DUN Ayer Kuning membuat pilihan tepat dengan memilih calon BN bagi memastikan kawasan itu kekal sebagai kawasan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

“Kalau kita tanya semasa ceramah, saya sendiri sudah sembilan kali ke sana. Mereka tentu akan menjawab ingin menjadi kawasan kerajaan. Jadi, pilihlah calon nombor satu,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI