Pingat Sultan Perak suntikan semangat Tang Jie, Ee Wei

KUALA KANGSAR – Pengurniaan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-69 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjadi suntikan semangat baharu buat beregu campuran badminton negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei.

Pasangan atlet berkenaan menerima pingat tersebut daripada Sultan Nazrin pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan di Istana Iskandariah di sini, pada Sabtu.

Ketika ditemui pemberita selepas istiadat, Tang Jie, 27, berkata, penganugerahan yang diterimanya itu disifatkan sebagai pembakar semangat untuk mereka terus beraksi cemerlang dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Pingat Sultan Perak Tang Jie Ee Wei Pingat Pekerti Terpilih PPT Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Tang Jie Toh Ee Wei PPT Istiadat Penganugerahan Perak Kejohanan Terbuka Australia 2024 Beregu campuran badminton Malaysia Kejohanan Badminton Dunia Paris
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) kepada atlet badminton negara, Chen Tang Jie, 27, pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.

“Kami berasa gembira dan berbangga atas penerimaan anugerah PPT ini. Sama seperti penerima-penerima lain, kami juga rasa bersyukur kerana terpilih menerima pingat ini.

“Kami berterima kasih kepada Sultan Perak atas kurniaan pingat ini dan jika berpeluang, kami ingin menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih kepada baginda sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, atlet beregu ranking keempat dunia itu turut berkongsi sedang melakukan persiapan akhir bagi menghadapi Kejohanan Terbuka Australia yang akan berlangsung dari 18 hingga 23 November ini di Sydney.

Pingat Sultan Perak Tang Jie Ee Wei Pingat Pekerti Terpilih PPT Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Tang Jie Toh Ee Wei PPT Istiadat Penganugerahan Perak Kejohanan Terbuka Australia 2024 Beregu campuran badminton Malaysia Kejohanan Badminton Dunia Paris
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Pingat Pekerti Terpilih (PPT) kepada atlet badminton negara, Toh Ee Wei, 25, pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak Darul Ridzuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.

“Persiapan bagi menghadapi Olimpik Los Angeles 2028 masih terlalu jauh, oleh itu buat masa ini kami hanya memberi tumpuan kepada kejohanan terdekat (Terbuka Australia),” katanya.

Dua jaguh sukan negara itu merupakan antara 205 penerima yang diperkenankan Sultan Nazrin untuk dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak termasuk satu penerima secara anumerta.

Pada Ogos lalu, Tang Jie dan Ee Wei berjaya melakar sejarah buat Malaysia apabila muncul sebagai atlet beregu campuran negara sulung menjuarai Kejohanan Badminton Dunia di Paris, selepas menundukkan pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tang Jie, Ee Wei, Syaidatul Afifah terima pingat Sultan Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI