PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran lapan buah rumah di Kampung Manjoi, Tambun, Perak hari ini.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Saya difahamkan hasil laporan awal pihak bomba mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Sumbangan segera sebanyak RM5,000 telah disalurkan saudara Kamil bagi pihak saya kepada setiap keluarga yang terlibat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri turut mendoakan agar urusan mangsa kebakaran dipermudah dan mereka diberi ketabahan dalam mendepani ujian itu.

Menurut beberapa hantaran di laman Facebook, kebakaran yang berlaku sekitar 5.40 petang tadi memusnahkan lapan rumah dengan enam daripadanya berpenghuni. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI