PM umum RM500 juta baiki infrastruktur awam terjejas banjir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas di kebanyakan negeri akibat banjir baru-baru ini.

Anwar berkata beliau telah mengarahkan semua jabatan di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan supaya melakukan penilaian kerosakan serta melaksanakan kerja pembaikan dengan segera.

“Ini termasuk sekolah, klinik, kemudahan asas dan jalan… untuk segerakan, saya meluluskan RM500 juta untuk tujuan membaiki kerosakan akibat banjir,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

RUU Perbekalan itu telah diluluskan semalam di Dewan Rakyat selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 10 Okt lepas.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meningkatkan kesiapsiagaan dan melaksanakan tindakan sewajarnya bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dalam mendepani bencana itu.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI