KUALA LANGAT Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan RM200 juta bagi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurut Anwar, tambahan tersebut bagi meningkatkan penyertaan masyarakat terutama belia menceburi bidang TVET dan peruntukan itu bakal memanfaatkan kira-kira 13,000 orang pelajar
Menurut Anwar, pembiayaan tambahan itu akan disalurkan menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Majlis TVET Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memutuskan keutamaan
“Kita hendak umpanya bidang Kenderaan Elektrik, Keselamatan Cyber, Kecerdasan Buatan, Bahan Termaju, Teknologi Elektronik dengan penumpuan kepada reka bentuk litar bersepadu, reka bentuk kejuruteraan dan fabrikasi wafer, Mekanisasi Ladang; dan Automasi Pertanian dan Penternakan,” kata Anwar
Beliau berkata demikian dalam ucapan pelancaran Dasar TVET Negara 2030 dan perasmian Hari TVET Negara 2024 yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini.
Tambah Anwar, pembiayaan dalam tersebut akan menggalakkan institusi TVET membangunkan program latihan selari dengan hasrat Kerajaan untuk memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi HGHV
Bidang-bidang terbabit juga akan memantapkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).
“Untuk mewujudkan peluang pekerjaan berimpak tinggi selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0, perubahan iklim dan amalan kemampanan, anjakan demografi dan globalisasi rantaian nilai yang akan mengubah sifat pekerjaan dan pastinya memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir,” kata Anwar
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, melalui peruntukan tersebut latihan teknikal kepada pelajar akan bermula bulan depan.
“Untuk sebagai permulaan, sudah tentu peruntukan ini akan mengutamakan tujuh bidang terpilih Kita sangat berminat untuk bekerjasama rapat dengan institut TVET
“Kita sudah pun menenarai pendek pengambilan pelajar dan ia akan dilaksanakan sehingga hujung tahun ini,” kata Ahmad Zahid kepada media selepas majis perasmian tamat.
Turut hadir, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan sebanyak RM8 billion untuk program TVET tahun ini dan tertinggi pernah diberikan untuk tujuan tersebut.
Hari TVET Negara 2024 menyediakan lima hab iaitu Pameran TVET; Seminar TVET; Pameran Kerja TVET; Usahawan TVET dan Cabaran TVET.
Lebih 15,000 pengunjung hadir meraikan Hari TVET Negara 2024 meliputi segenap lapisan masyarakat bukan sahaja golongan belia dan lepasan sekolah tetapi juga ibu bapa, orang awam. -MalaysiaGazette
[…] PM umum tambahan RM200 juta untuk TVET […]