PN johan, pakar provokasi semasa kempen – Ahmad Zahid

TAPAH – Jentera Barisan Nasional (BN) dinasihatkan agar tidak melakukan provokasi terhadap pihak lawan semasa tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning bermula hari ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana tindakan provokasi merupakan kepakaran Perikatan Nasional (PN) dalam memastikan mereka menerima sokongan.

“Sudah tentu dalam tempoh dua minggu kita rasa terlalu pendek jadi gunalah waktu berkempen dengan sebaiknya.

“Kita jangan memprovokasi pihak lawan sebab itu kejohanan dan kepakaran mereka yang melakukan provokasi kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jamuan Makan Tengah Hari dan Ramah Mesra PDM Changkat Petai di Bilik Gerakan PDM Changkat Petai, di sini, pada Sabtu.

Ahmad Zahid berkata, sebaliknya jentera BN perlu mengamalkan politik matang dalam berkempen bagi mengekalkan kemenangan parti berkenaan di kerusi N48 itu.

“Mereka (PN) akan berkempen kalau calon kita tidak bernasib baik Kerajaan Perak tetap akan ada sebab itu mereka minta undi calon pembangkang supaya kerajaan goyang.

“Tetapi tidak kita mahu 33 kerusi ini kekal kerana arwah Ishsam Shahruddin merupakan wakil rakyat yang baik dan membawa kemajuan kepada Ayer Kuning,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu juga turut berjanji sekiranya calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan cemerlang pihaknya aka membawa pembangunan yang diminta untuk penduduk Ayer Kuning. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI