PN mohon tempoh penggantungan Razman dipendekkan

IPOH – Perikatan Nasional (PN) memohon supaya tempoh penggantungan Ketua Pembangkang, Razman Zakaria dikurangkan bagi membolehkan beliau menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Berikutan itu, satu usul dihantar kepada Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid satu jam sebelum Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 bermula pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, usul tersebut memohon supaya tempoh ADUN Semanggol itu dipendekkan kerana ia merupakan kesalahan pertama kali.

“Perkara ini perlu dirundingkan dan dibawa semulakepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berdasarkan 76(1) Perintah – Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan seharusnya ADUN Gunung Semanggol diberikan hak kepada beliau bersuara sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Selain itu, perkara ini bersifat urusan awam melibatkan rakyat negeri Perak di Gunung Semanggol yang perlu segera dirundingkan diatas perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan antaranya hukuman yang dikenakan terlalu berat bagi dakwan kesalahan yang dilakukan.

“Beliau (Razman) telah membuat permohonan maaf di Dewan dan dalam prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan serta kenyataan yang dibuat tidak berniat untuk menimbulkan sifat perkauman dan perasan sakit kepada mana-mana pihak,“ katanya pada sidang media Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Katanya, tanggungjawab ADUN Gunung Semanggol itu untuk memantau kerajaan dan meluluskan undang-undang kini terjejas pengundi di kawasan tersebut kehilangan suara wakil mereka dalam Dewan.

“Ketiadaan wakil rakyat ini menimbulkan persoalan hak rakyat untuk diwakili dan beliau tidak dapat menjalankan tangungjawab penting memantau tadbir urus kerajaan negeri dalam Dewan,“ ujarnya.

Tambahnya, persidangan Dewan berlangsung dalam masa yang terhad; dan itu sahaja peluang untuk Razman menyuarakan kepentingan rakyat.

Semasa sesi pembukaan persidangan DUN Perak hari ini, Mohammad Zahir memaklumkan telah menerima usul berkenaan daripada pihak pembangkang.

Tempoh penggantungan Razman dijangka berakhir pertengahan Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Razman dilarang hadir sidang DUN sehingga November

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI