Polis buru lelaki cabul pembantu kedai kecantikan

BAGAN DATUK – Polis giat memburu seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes cabul pembantu kedai kecantikan (facial) di Hutan Melintang, dekat sini, pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku 13 Januari lalu sekitar jam 1.30 petang melibatkan wanita berusia 22 tahun.

Menurutnya, suspek terbabit dipercayai telah meramas dada dan punggung mangsa beberapa kali ketika membuka pintu kedai.

“Menerusi laporan polis yang diterima, mangsa mendakwa badannya telah diraba dan dipeluk dari belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika membuka pintu sebuah pusat kecantikan di Lorong Lagenda, di Hutan Melintang.

“Hasil siasatan pihak polis di lokasi kejadian mendapati satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam perbuatan dan wajah suspek tersebut.

Lelaki cabul pembantu kedai kecantikan diburu
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARI 2024.

“Bagaimanapun, sehingga kini, suspek masih gagal dikesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes telah disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kerhomatan.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang ada terlihat atau mengenali suspek seperti dalam gambar disertakan untuk tampil membantu memberikan maklumat kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes ini.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Shahzawani di talian 05-6299 222,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pembantu kedai runcit didenda RM7,000 mengaku salah cabul pelancong asing

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI