Polis buru lelaki curi pakaian dalam wanita

TELUK INTAN – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Taman Melor 2, di sini, yang tular di media sosial pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita mengenai kejadian itu sekitar jam 10.55 pagi tadi.

Menurutnya, kejadian itu disedari wanita terbabit apabila pakaian dalam miliknya yang disidai di ampaian halaman rumah hilang.

“Menyedari perkara itu, wanita terbabit memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tamannya dan mendapati seorang lelaki mengambil pakaian dalamnya di ampaian sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 347 Kanun Keseksaan serta Seksyen 509 kanun sama.

Terdahulu, tular video berdurasi 34 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki yang menunggang motosikal berhenti di pagar sebuah rumah yang kemudiannya bertindak mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian pada jam 3.24 pagi.

Selepas melakukan perbuatan tersebut, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal daripada rumah berkenaan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki diberkas, tak sempat joli duit jual kasut curi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI