Polis buru tiga lelaki promosi ‘ah long’, judi atas talian di bazar Ramadan

IPOH – Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan yang didakwa mempromosikan aktiviti ‘ah long’ atau pinjaman wang tanpa lesen dan judi atas talian di Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak, dekat sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, pihaknya mengesan kejadian berkenaan menerusi video tular di media sosial yang memaparkan seorang peniaga membuat rakaman video terhadap aktiviti itu.

Katanya, susulan itu pihaknya telah menemu bual pemilik akaun media sosial TikTok Oppa Zuzu Kitchen yang memuat naik video perkenaan untuk siasatan lanjut.

“Segala butiran berkaitan kejadian itu telah diperoleh dan usaha mengesan suspek yang disyaki terlibat sedang dijalankan.

“Walau bagaimanapun, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak setakat ini berhubung kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Tambah beliau, menerusi video yang dimuat naik pada Sabtu itu, pihaknya mendapati kegiatan berkenaan telah dilakukan sejak tiga hari lalu.

Terdahulu tular di media sosial, rakaman video berdurasi 1.01 minit menujukkan seorang peniaga yang dikenali dengan nama ‘Oppa’ telah menegur seorang lelaki yang sedang mempromosikan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen serta judi atas talian di bazar Ramadan berkenaan.

Menerusi video berkenaan, peniaga itu dilihat telah menegur lelaki berkenaan dalam bahasa Cina kerana mengedarkan sekeping kad yang mempromosikan aktiviti tersebut di setiap gerai di Bazar Ramadan Perkarangan Stadium Perak. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ops Dadu Khas: Polis Perak tahan 1,604 individu disyaki terlibat aktiviti judi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI