Polis cekup tiga lelaki curi motosikal di kaki lima

KUALA LUMPUR – Remaja berusia 14 tahun antara tiga individu ditahan polis selepas terlibat dalam kecurian motosikal di sekitar Ampang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, pihaknya menyerbu sebuah premis disyaki terlibat dengan kes kecurian motosikal sebelum menangkap tiga lelaki berumur antara 14 hingga 59 tahun.

“Pengadu seorang lelaki Melayu membuat laporan motosikalnya jenis Yamaha 135LC telah diletakkan di kaki lima Jalan Pandan Indah namun beberapa jam ia hilang disyaki telah dicuri.

“Berdasarkan maklumat, sepasukan polis telah menahan tiga lelaki dan merampas telefon bimbit, anak kunci dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC bantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah namun semakan suspek pertama mempunyai dua rekod lampau manakala dua lagi suspek tidak ada sebarang rekod,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd Azam lagi, modus operandi kumpulan itu adalah mencuri motorsikal yang diparkir di kaki lima kawasan rumah kedai.

“Kita sudah mohon reman semua suspek di Mahkamah Ampang selama tiga hari dan klasifikasikan kes bawah Seskyen 379A,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI