Polis kesan dua pelancong, bantu siasat video anggota trafik didakwa minta RM100

IPOH – Polis sedang mengesan dua pelancong asing bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang anggota trafik yang didakwa mengambil RM100 daripada mereka dengan alasan menjelaskan saman kesalahan memandu melebihi had laju.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, bagaimanapun pihaknya difahamkan pelancong berkenaan sudah berada di luar negara.

“Kita akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti daripada pelbagai aspek seperti masa, dan tarikh kejadian itu berlaku.

“Kita menyerahkan dan merujuk siasatan ini kepada Bukit Aman dan akan menunggu arahan untuk tindakan seterusnya,” katanya.

polis siasat video tular pelancong trafik RM100 pelancong asing polis siasat video tular pelancong trafik RM100 pelancong asing polis siasat video tular pelancong trafik RM100 pelancong asing
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri beramah mesra bersama kakitangan IPK Perak pada Program Saringan Kesihatan Healthy Eating Active Live (H.E.A.L.) anjuran Lions Club Ipoh di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Saringan Kesihatan Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) anjuran bersama Lions Club Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Yusri menjelaskan, pihaknya juga kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti anggota yang didakwa terlibat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Mengulas lanjut beliau berkata, Polis Bukit Aman juga sedang memberi penumpan untuk mengenal pasti lokasi sebenar yang didakwa berlaku.

“Kita hendak menentukan ia berlaku di mana sebenarnya. Sama ada di Perak, Pahang, Kelantan atau di mana-mana.

“Kita tidak mahu menunding jari mana-mana pihak, biar Bukit Aman menjalankan siasatan mereka. Dan sekiranya berlaku di Perak, IPK Perak akan menunggu arahan selanjutnya,” ujarny lagi.

polis siasat video tular pelancong trafik RM100 pelancong asing polis siasat video tular pelancong trafik RM100 pelancong asing polis siasat video tular pelancong trafik RM100 pelancong asing
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri melakukan pemeriksaan kesihatan pada Program Saringan Kesihatan Healthy Eating Active Live (H.E.A.L.) anjuran Lions Club Ipoh di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2024.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan seorang polis trafik menyaman pasangan pelancong asing yang didakwa memandu melebihi had laju dengan menerima bayaran wang tunai RM100 di lokasi kejadian berbanding bayaran di balai polis sebanyak RM300.

Dalam perkongsian pada laman YouTube melalui akaun ‘UK Van Lifers’, kedua-dua mereka yang menggunakan van telah ditahan dipercayai ketika dalam perjalanan ke Ipoh.

Visual van yang dipandu pasangan itu ditahan oleh anggota polis trafik yang lengkap berpakaian seragam dirakam melalui video bertajuk ‘UK Van Lifers stopped by the polis in Malaysia’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSJPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan PDRM mengambil maklum isu berkenaan dan siasatan terperinci akan dijalankan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pelancong rakam polis tawar diskaun saman trafik di lokasi

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI