Polis kesan wanita bantu siasatan tipu katering perkahwinan

SEREMBAN – Polis sedang mengesan seorang wanita warga tempatan bagi membantu siasatan kes penipuan dalam urusan katering untuk majlis perkahwinan di Jempol dekat sini pada Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata, wanita berkenaan dikenali Fauziah Abdul Hamid, 40, dan beralamat terakhir di Taman Alam Budiman, Shah Alam, Selangor.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah Jempol Sarjan Norhisham Zulkifli di talian 017-6219957 atau 06-458222 (102),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan sebuah keluarga mendakwa kerugian lebih RM13,000 akibat ditipu dengan pakej kenduri kahwin sehingga menyebabkan mereka terpaksa memasak sendiri hidangan untuk kenduri berkenaan yang berlangsung pada 24 Dis lepas.

Hoo berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI