Polis KL rampas RM12.1 juta dadah empat bulan pertama tahun ini

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM12.1 juta sejak Januari hingga 30 April lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur. turut menahan seramai 7,529 individu bagi tempoh yang sama.

“Daripada jumlah itu, 1,466 orang ditahan di bawah kategori bekalan, 2,087 orang pula ditahan di bawah kategori pemilikan dan seramai 3,976 orang di bawah kategori urin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Tambah Rusdi lagi, sebanyak 2,941 kes dicatatkan dari 1 Januari hingga 30 April dengan 550 kes daripadanya adalah jenayah kekerasan dan 2,391 kes melibatkan jenayah harta benda.

“Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pula telah membuka 1,579 kertas siasatan bagi tempoh sama dengan 1,062 daripadanya berjaya dituduh.

“Saya berharap JSJK akan terus memberikan pendedahan atau mengadakan kempen-kempen secara menyeluruh kepada masyarakat untuk memberikan kesedaran dan memastikan masyarakat lebih peka serta berwaspada mengenai trend jenayah komersil masa kini.” jelasnya.

Beliau juga memaklumkan, sebanyak 80.64 peratus kes berjaya diselesaikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

“Dari Januari hingga 30 April lalu, jumlah kertas siasatan yang dibuka sebanyak 33,686 di mana daripada jumlah itu 29,128 telah dituduh atau disaman.

“Bagaimanapun, JSPT perlu mempertingkatkan lagi usaha dalam mendidik pengguna jalan raya agar tidak melanggar peraturan jalan raya dan menjadikan aliran trafik di ibu kota ini lebih lancar terutama di kawasan hotspot,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI