Polis langgar mati pelajar: Kes tangguh, tertuduh lantik peguam baharu

IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh pada Isnin membenarkan perbicaraan ke atas seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar lelaki Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu ditangguhkan pada Selasa.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membenarkan keputusan itu selepas mahkamah diberitahu bahawa tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, telah melantik peguam baharu bagi mewakilinya.

Tertuduh diwakili peguam, M Athimulan, Aiman Hakim Kamaruzzaman serta Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang juga Bekas Ketua Polis Perak.

Sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfainizam Abdul Aziz, Nasrul Hadi Abdul Ghani, V Suloshani dan Low Qin Hui.

Athimulan memberitahu mahkamah, bahawa pihaknya baharu dilantik bagi mengambil alih kes tertuduh sebelum prosiding perbicaraan bermula pada Isnin.

“Kami telah diberikan sebanyak 30 kenyataan saksi dan sejumlah dokumen, bersama dokumen tambahan yang mana ia perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu.

“Oleh sebab itu, kami minta agar perbicaraan pada hari ini (Isnin) dilapangkan dan ditangguh esok (Selasa),” katanya.

Sementara itu, Afzainizam memberitahu mahkamah, pihaknya juga baru dimaklumkan berhubung pertukaran pasukan peguam tertuduh pada Isnin.

“Kami baru sahaja dimaklumkan tentang pertukaran peguam pada hari ini. Justeru kami tiada bantahan terhadap permohonan untuk menangguhkan kes pada esok,” ujarnya.

Bhupindar Singh kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk perbicaraan ditangguh sehari sahaja dan akan ia akan disambung pada pagi Selasa.

Sebelum ini, Mohd Nazri diwakili Peguam Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau, Lim Jin Wen, Cindy Wong dan M Kuhan.

Terdahulu, Mohd Nazri tiba di mahkamah dengan mengenakan pakaian gelap serta dikawal pihak polis.

Turut hadir adik mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrid, 30 serta peguam pemerhati yang dilantik oleh keluarga, Datuk Wan Azmir Wan Majid.

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 30 hari bagi perbicaraan kes bunuh pelajar lelaki tingkatan lima yang dihadapi seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintenden.

Tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan adalah pada 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November; 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2024.

Mohd Nazri, 45, yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dengan memegang pangkat Deputi Superintendan (DSP), mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.

Dia didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, di sini antara jam 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bunuh pelajar: Mahkamah tetapkan 5 Sept dengar permohonan jaminan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI