Polis lepas tembakan, tahan dua lelaki disyaki curi kabel TM

IPOH – Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai terlibat mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) selepas melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dinaiki mereka semasa cuba melarikan diri di Jalan Ulu Kenderong-Tanjung Kala, Gerik dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Zulkifli Mahmood berkata, terdahulu pihaknya menerima maklumat kira-kira 3.40 pagi mengenai empat individu yang disyaki bertindak memotong kabel TM di Kampung Padang Kunyit, Gerik.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Gerik kemudiannya berjaya mengesan kenderaan jenis Perodua Axia yang dinaiki kesemua suspek dan mengarahkan mereka supaya berhenti.

“Bagaimanapun, lelaki yang memandu kereta itu bertindak memecut dan cuba melanggar kenderaan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah mempertahankan diri, polis melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebelah kanan kereta yang dinaiki kesemua suspek.

Zulkifli berkata, bagaimanapun, dua lagi suspek lolos dan usaha mengesan mereka giat dijalankan dengan pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan itu telah menemukan satu paket lutsinar dadah disyaki syabu.

“Dua lelaki yang ditahan itu direman tujuh hari hingga 18 Nov ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307/379 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI