Polis lupus peralatan Bitcoin nilai hampir RM2 juta

PARIT – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak tengah melupuskan 985 peralatan yang digunakan dalam kegiatan perlombongan Bitcoin dianggarkan bernilai RM1.98 juta, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pelupusan barang kes itu dilakukan setelah mendapat arahan daripada mahkamah.

Katanya, kesemua peralatan itu adalah kes yang berjaya diselesaikan dalam tempoh tahun 2022 sehingga April lalu.

Polis lupus peralatan Bitcoin nilai hampir RM2 juta perlombongan perak tengah Hafezul Helmi
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika majlis Pelupusan Barang Kes Bitcoin di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OGOS 2024.

“Barang-barang perlombongan Bitcoin itu daripada 24 kes yang direkodkan melibatkan tahun 2022 sebanyak sembilan kes, 2023 (dua kes) dan 2024 (satu kes).

“Pelupusan ini dilakukan secara kaedah pelupusan terjadual Iaitu ‘E-Waste dan Sisa Pepejal Di Bawah Jadual Pertama, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang berkuat kuasa.

“Proses pelupusan barang kes ini dilakukan oleh ejen berlesen dan berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar Iaitu Syarikat Pandamaran Jaya Motor Klang, Selangor,” katanya.

Polis lupus peralatan Bitcoin nilai hampir RM2 juta perlombongan perak tengah Hafezul Helmi
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah pada sidang media majlis Pelupusan Barang Kes Bitcoin di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OGOS 2024.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelupusan Barangs Kes Mesin Melombong Bitcoin di IPD Perak Tengah, Seri Iskandar, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pegawai KAwalan Kanan Alam Sekitar (JAS) Ipoh, Mohd Jamali Abd Majid; Pengarah Syarikat Pandamaran Jaya Motor, Low Eng Bee; serta Jurutera Bahagian Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak Tengah, Khairunisa Abd Sani.

Polis lupus peralatan Bitcoin nilai hampir RM2 juta perlombongan perak tengah Hafezul Helmi
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika majlis Pelupusan Barang Kes Bitcoin di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OGOS 2024.

Ujar beliau, pelupusan barang kes yang dijalankan itu mengikut garis panduan dan operasi standard (SOP) sebagaimana arahan Ketua Polis Negara.

Tambah Hafezul Helmi, kesemua barangan kes berkenaan merupakan hasil serbuan yang dilakukan di sekitar Seri Iskandar dalam tempoh lebih setahun.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika majlis Pelupusan Barang Kes Bitcoin di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 OGOS 2024.

“Rampasan dilakukan di beberapa premis lot kedai di Seri Iskandar yang mana dua lelaki tempatan telah dituduh di mahkamah.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 (1) Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis rampas 137 mesin bitcoin dalam serbuan tiga premis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI